KAPIT: Rancangan mewujudkan sebuh terminal bas di Kapit merupakan sebahagian daripada agenda pembangunan yang terangkum dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Bagaimanapun menurut Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sabut, keputusan sama ada diluluskan atau sebaliknya masih belum diketahui.

“Untuk pembangunan mewujudkan terminal bas memang ada dalam RMK12 namun saya tidak pasti sama ada diluluskan atau tidak kerana kita masih belum menerima senarai itu.

“Tetapi rancangan pembinaan itu memang sudah ada dan lokasinya yang dirancang adalah di kawasan Bleteh dan itu memang sebuah terminal bas khas,” katanya.

BACA: PRN Sarawak: Masyarakat impikan perkhidmatan bas, mampu tarik pelancong ke Kapit

Tambahnya sekiranya direalisasikan projek tersebut, ia juga mungkin menjadi hab pengangkutan di daerah Kapit.

Terdahulu, Astro AWANI membawakan laporan tentang aspirasi rakyat Kapit yang mahukan perkhidmatan bas henti-henti dan ekspres dapat beroperasi di sini.

Ini bagi membolehkan keunikan Kapit dipromosi sekali gus membantu meningkatkan sumber pendapatan warga daerah itu.



PRN Sarawak | Warga Kapit mahu bas henti-henti dan ekspres