PRU14: Hasil saringan calon pilihan raya tidak dikongsi kepada umum - SPRM

Hafiz Marzukhi
April 9, 2018 04:30 MYT
Hashim dan Dzulkifli sewaktu perasmian Bilik Gerakan PRU14 di Pejabat SPRM Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Hasil saringan calon untuk pilihan raya hanya akan dikongsi dengan parti yang menghantar senarai tersebut.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata ini bagi menjaga kerahsiaan antara kedua-dua pihak.
"Setakat ini, hanya Barisan Nasional yang sudah menghantar senarai nama calon secara berperingkat.
"Namun, kami terbuka untuk menerima senarai daripada mana-mana parti," katanya ketika sidang media bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Dzulkifli turut mengumumkan penubuhan Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh PRU.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengumumkan penubuhan Bilik Gerakan PRU14 bagi SPRM yang akan beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh PRU14 @501Awani pic.twitter.com/ZOvtKTNYvT

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) April 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kalau nak salurkan maklumat berkaitan salah guna rasuah boleh hadirkan ke Bilik Gerakan ini bukan sahaja di pejabat utama SPRM di Putrajaya tetapi juga di peringkat negeri @501Awani

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) April 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

SPRM juga akan wujudkan emel baharu iaitu pru14@sprm.gov.my ....boleh emel maklumat ke emel itu @501Awani

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) April 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, SPR juga akan mewujudkan Pegawai Penguatkuasa Kempen yang akan memantau perjalanan kempen semua pihak untuk memastikan tiada salah laku berlaku @501Awani

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) April 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setakat ini, SPRM hanya menerima senarai calon untuk disaring dari Barisan Nasional. Tiada parti pembangkang yang sudah menghantar sebarang senarai calon kepada SPRM @501Awani

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) April 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Keputusan saringan SPRM hanya akan dikongsi dengan parti yang menghantar senarai untuk menjaga kerahsiaan @501Awani

— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) April 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia akan dibuka bukan sahaja disini tetapi juga di peringkat negeri," katanya.
Bilik Gerakan itu berfungsi untuk memantau tiada salah laku berhubung rasuah dan proses mengundi dijalankan secara telus dan bersih.
Tambahnya, emel khas "pru14@sprm.gov.my" turut diwujudkan bagi tujuan orang ramai menyampaikan maklumat berkaitan salah laku rasuah jika berlaku sepanjang tempoh PRU.
"Ini merupakan kerjasama erat antara SPRM dan SPR bagi memastikan PRU14 bebas rasuah," katanya.
#Barisan Nasional #GERAKAN #Ketua Polis Negara #Malaysia Memilih #MalaysiaMemilih #PRU14 #Rasuah #SPRM #Suruhanjaya Pilihan Raya #telus