PRU14: Jangan anggap kemenangan PH mustahil - Guan Eng

Hafiz Marzukhi
November 12, 2017 04:24 MYT
Guan berpesan kepada ahli parti untuk bersiap sedia kerana katanya, kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil lagi. - Foto DAP
Jangan menganggap kemenangan untuk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) adalah suatu perkara yang mustahil.
Itu mesej jelas yang dilaungkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di Kongres Khas DAP di Shah Alam hari ini.
"Jika ada yang rasa Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang dalam PRU14 nanti, eloklah kita ingatkan mereka apa yang berlaku pada 2008.
"Malah sewaktu awal kempen PRU 2008 pun, tidak ramai yang menyangka pembangkang mampu menguasai lima kerajaan negeri," kata Guan Eng.
Untuk itu beliau berpesan kepada ahli parti untuk bersiap sedia kerana katanya, kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.
#DAP #kerajaan #Lim Guan Eng #Pakatan Harapan #pilihan raya #pilihan raya umum #PRU #PRU14 #shah alam