KUALA LUMPUR: Memulihkan ekonomi dan membasmi kemiskinan, serta menangani kos sara hidup adalah isu yang perlu menjadi keutamaan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rakyat berpendapat, isu-isu tersebut perlu diberi perhatian oleh mana-mana parti yang memenangi PRU15 seterusnya berjaya membentuk kerajaan.

Kajian yang dilakukan Ilham Centre terhadap 1,622 responden di seluruh negara selama dua bulan bermula 1 Ogos hingga 30 Sept lalu mendapati, 44 peratus rakyat Malaysia mahu kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 berusaha memulih dan meningkatkan kembali ekonomi negara.

Sebanyak 35 peratus mahu kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 memberi perhatian kepada isu membasmi kemiskinan dan menangani kos sara hidup.

Isu membersihkan kerajaan daripada budaya rasuah bukan menjadi keutamaan, dengan hanya 8 peratus mahu ia diberi perhatian.

Reformasi institusi dan tadbir urus kerajaan juga tidak mendapat perhatian, dengan hanya 1 peratus mahu isu tersebut diberi keutamaan.

Isu memastikan janji-janji manifesto ditunaikan pula cuma mendapat perhatian 7 peratus rakyat dan isu 3 peratus mahu isu merapatkan jurang antara kaum dititik beratkan.

Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.

Dilaksanakan oleh tiga badan penyelidik, Ilham Centre, O2 Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies.

Memulihkan ekonomi dan membasmi kemiskinan serta menangani kos sara hidup adalah isu yang perlu menjadi keutamaan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).  Rakyat berpendapat isu-isu tersebut perlu diberi perhatian oleh mana-mana parti yang memenangi PRU15 seterusnya berjaya membentuk kerajaan.  Kajian yang dilakukan Ilham Centre terhadap 1,622 responden di seluruh negara selama dua bulan bermula 1 Ogos hingga 30 September lalu mendapati 44 peratus rakyat Malaysia mahu kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 berusaha untuk memulih dan meningkatkan kembali ekonomi negara.  Sebanyak 35 peratus mahu kerajaan yang dibentuk selepas PRU15 memberi perhatian kepada isu membasmi kemiskinan dan menangani kos sara hidup.  Isu membersihkan kerajaan daripada budaya rasuah bukan menjadi keutamaan dengan hanya 8 peratus mahukan ia diberi perhatian.  Reformasi institusi dan tadbir urus kerajaan juga tidak mendapat perhatian dengan hanya 1 peratus mahu isu tersebut diberi keutamaan.  Isu memastikan janji-janji manifesto ditunaikan pula cuma mendapat perhatian 7 peratus rakyat dan isu 3 peratus mahu isu merapatkan jurang antara kaum dititik beratkan.  Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.  Dilaksanakan oleh tiga badan penyelidik, Ilham Centre, O2 Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies