PRU15: "Bertanding di Sungai Buloh? Saya sedia dihantar ke mana-mana" - KJ

Madiha Abdullah
Oktober 31, 2022 06:00 MYT
Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersedia untuk dicalonkan di mana-mana kawasan pada PRU15 kelak. - Foto Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersedia untuk dicalonkan di mana-mana kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Reaksi Khairy itu dizahirkannya susulan spekulasi yang menyebut dan dilaporkan di media
beliau akan dicalonkan di kerusi Sungai Buloh.
"Semua keputusan berkenaan calon PRU15 akan diumumkan tidak lama lagi, kita tunggulah.
"Saya terima mana-mana kawasan yang diberikan kepada saya," katanya ringkas dalam sidang media, di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, media memetik kenyataan sumber yang mendakwa Sungai Buloh mungkin kerusi yang sukar untuk Khairy, tetapi percaya populariti beliau sebagai Menteri Kesihatan akan memberi kelebihan.
Sebelum ini, Khairy mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.
#PRU15 #Khairy Jamaluddin #Parlimen Sungai Buloh #Mohamad Hasan