KUALA LUMPUR: Bantuan dan inisiatif bersifat ‘gula-gula’ tidak akan memenuhi keperluan jangka panjang sebenar anak muda untuk berdepan cabaran hidup hari ini.

Kata Ketua Mahasiswa Muda Johor, Nurul Hamizatul Ain, biarpun ia dapat memenuhi kehendak semasa namun manfaatnya dilihat bersifat sementara dan tidak membawa perubahan yang signifikan kepada penerima.

“Apa yang saya dapat analisis daripada pembentangan Bajet 2023, kebanyakan bantuan kewangan untuk golongan belia sangat tak memadai.

“Tapi ada antaranya yang belia perlukan seperti Skim Penjaja Belia, inisiatif berkenaan ‘e-hailing’ dan caruman Perkeso untuk pekerja berumur 18 hingga 30 tahun yang juga dipanjangkan untuk graduan TVET menerima inisiatif tersebut.”

Menurutnya, di sebalik bantuan dan inisiatif itu sewajarnya ada penambah baikan terhadap dasar yang melibatkan pembangunan kehidupan rakyat terutamanya golongan muda.

“Kalau kita terus-menerus memberikan ‘gula-gula’ kepada rakyat, bila agaknya kita boleh menghasilkan satu dasar yang bermutu yang bukan sekadar memberi bantuan tapi juga memberi nilai tambah kepada bantuan itu sendiri.”

PRU15: Dasar yang mampan lebih diperlukan daripada bantuan jangka pendek - Muda