PRU15: Hanya tinggal janji Ismail sebagai PM - Tun M

Astro Awani
November 9, 2022 02:30 MYT
Dr Mahathir turut mendakwa, akhirnya yang akan menjawat jawatan tersebut adalah Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : "Hanya tinggal janji."
Itu yang digambarkan Calon Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat kepada janji pemilihan Perdana Menteri oleh Barisan Nasional (BN).
Ujarnya, kasihan Datuk Seri Ismail Sabri yang dijanjikan jawatan tersebut sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Kasihan Ismail Sabri. Dijanji akan terus jadi Perdana Menteri apabila BN menang.
"Dan dia (Ismail Sabri) pun bubar Parlimen. Sekarang kroni-kroninya tidak dipilih sebagai calon.
"Dia (Ismail Sabri) jadi lemah. Ramai percaya janji Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ismail akan jadi Perdana Menteri akan hanya tinggal janji," katanya.

CALON GUGUR 1. Kasihan Ismail Sabri. 2. Dijanji akan terus jadi Perdana Menteri apabila BN menang. 3. Dan dia pun bubar Parlimen. Sekarang kroni-kroninya tidak dipilih sebagai calon.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

4. Dia jadi lemah. Ramai percaya janji Zahid Hamidi bahawa Ismail akan jadi Perdana Menteri akan hanya tinggal janji. 5. Yang akan jadi PM akhirnya ialah Zahid Hamidi. MAHATHIR BIN MOHAMAD 9 November 2022

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Mahathir turut mendakwa, akhirnya yang akan menjawat jawatan tersebut adalah Zahid Hamidi.
Terdahulu, Zahid Hamiri mengulangi pendirian tiada isu Ismail menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU15.
BACA: "Tiada isu antara saya dan Ahmad Zahid" - PM perjelas hubungan dengan Presiden UMNO
Jelasnya sebelum ini, ketika ini pun beliau tidak menjadi Perdana Menteri atau menyandang apa-apa jawatan dalam kerajaan walaupun menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN.
#Mahathir Mohamad #Zahid Hamidi #PRU15 #Malaysia Memilih