AYER HITAM: Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilihat sememangnya seorang individu yang layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini pada suatu masa nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dibuat calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu yang menyatakan secara terbuka hasrat menjadi Perdana Menteri.

"Dia bukan kata sekarang (nak jadi PM), itu akan datang dan dia memang layak untuk jadi Perdana Menteri akan datang kalau kita menang dalam pilihan raya.

"Jika dapat sokongan daripada parti tentu sekali KJ salah seorang yang layak untuk diangkat sebagai calon untuk jadi PM satu hari nanti," katanya ketika ditemui media pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada Majlis Ramah Mesra Warga Parlimen Ayer Hitam.

PRU15: Cadangan KJ sebagai TPM perlu melalui mesyuarat - Asyraf Wajdi

PRU15 | Khairy sedia jadi Perdana Menteri suatu hari nanti

[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Hanya tinggal janji Ismail Sabri sebagai PM - Dr Mahathir

SEMAK CALON PRU15 DI SINI!

Semalam Khairy meluahkan hasratnya itu di pentas ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, untuk memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, suatu hari nanti.



Khairy turut berkata, hasrat itu perlu dibuktikan melalui kemenangan di Sungai Buloh.

Selain itu, Khairy juga nengakui langkah untuk bertanding di Sungai Buloh juga agak mencabar.