LINGGA: Kerajaan Sarawak masih mengkaji  keperluan mengisytiharkan cuti pada 18 November depan, sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya khuatir, pengisytiharan dan pewartaan tarikh tersebut akan memberi impak negatif kepada ekonomi negeri.

" Apabila kita mewartakan cuti, kita terpaksa membayar dua kali ganda kepada pekerja.

"Ini akan menaikkan kos dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Oleh kerana itu katanya, pihaknya berpandangan tidak wajar untuk mengumumkan cuti.

"Jadi mengambil kira semual perkara, saya kena fikir dulu lagipun kita mengundi pada 19 November, (kenapa) kita beri cuti 18?

" Sepatutnya berilah cuti pada 20 November," ujarnya

Bagaimanapun kata Abang Johari, pihaknya akan berbincang lanjut tentang rasional cuti tersebut.

"Orang Sarawak tidak malas. Mereka suka bekerja.

"Kalau orang, Sarawak suka kerja, biarlah mereka bekerja," katanya kepada media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang di Dataran Lingga di sini.

Turut hadir Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, calon GPS di Parlimen Batang Lupar, Mohd Shafizan Kepli dan bekas ahli parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Abang Johari berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.mengumumkan cuti pada 18 November depan .