PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) secara rasminya membentuk kerajaan di Perlis selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang akhbar secara berkala awal pagi ini.

"Bagi keseluruhan pengundian, sehingga jam 2 pagi, PN memenangi 14 kerusi dari 15 dan memperolehi suatu majoriti lebih 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan," katanya.

Menurut Abdul Ghani, jumlah peratusan keluar mengundi DUN Perlis adalah 76.94 peratus.- Sinar Harian

DAPATKAN KEPUTUSAN RASMI DAN TIDAK RASMI PRU15 DI SINI