KERUSI Parlimen Pekan antara yang mendapat perhatian dalam pertembungan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pahang.
Persoalan utama, siapa bakal calon daripada UMNO yang dilihat 'winnable' bagi mengantikan figura politik berusia 69 tahun itu masih belum terjawab.
Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) juga belum mengumumkan sama ada calon parti berkenaan ingin mencuba nasib di kerusi disifatkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.
Astro AWANI menjelajah di sekitar kawasan Pekan bagi mendapatkan reaksi pengundi di sana.
Apa rakyat Pekan mahu?
Bagi Marzuki Mamat, 54, peniaga di Kuala Pahang, perubahan di Parlimen itu amat dinantikan oleh rakyat.
Dari sudut memilih pemimpin yang bakal diberi mandat pula jelasnya, biarlah yang dapat turun membantu rakyat.
"Kena pemimpin yang hok betul-betul saksama, adil jangan pilih kasih, hati perut biar bersih baru rakyat suka.
"Tengok dulu, jangan ikut pemimpin hak dulu-dulu," katanya ketika ditemui di sini, pada Ahad.
Legasi Najib
Lain pula pandangan Amran Mat Kechik, 55, yang merupakan pengundi di Parlimen Pekan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya.
Calon yang akan dipilih mengantikan Najib, diharapkan beliau dapat menyambung legasi ditinggalkan bekas Presiden UMNO itu.
"Datuk Seri Najib terkenal bukan sebab Perdana Menteri, dia terkenal dengan kebajikan dia.
"Memang pada awal sejak arwah ayah beliau (Tun Abdul Razak), sampailah beliau (Najib) sekarang, beliau memang membantu rakyat di sini," ujarnya.
Tambah Amran, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon, perlu memberi perhatian kepada pembangunan sosioekonomi di Parlimen itu terutama di Kuala Pahang.
"Pandangan saya selaku orang kampung, calon sesiapa saya tak kisah tapi perlu sedikit perhatian di Kuala Pahang.
"Di sini perlu dibangunkan sebagai kampung pra-pelancongan dalam Parlimen Pekan," tambahnya.
Mahukan anak jati Pekan
Kru Astro AWANI, penulis Fareez Azman dan jurukamera Khairulazman Mohamad, menjelajah ke kawasan bandar lama Pekan bagi mendapatkan reaksi masyarakat di sana.
Rosli Abdul Aziz, 66, pula berpendapat agar calon diketengahkan di peringkat Parlimen itu serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya hendaklah berjiwa rakyat.
Mandat yang diberikan, perlu dilaksanakan sebaik mungkin demi memanfaatkan rakyat di kawasan itu, ujarnya.
"Saya sebagai pengundi Parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya mengharapkan calon mengantikan Datuk Seri Najib kalau boleh biarlah berpendidikan," kata Rosli.
"Dia (calon) perlu sentiasa turun padang mendekati komuniti Pekan dan pengetahuan agamanya seiring dengan penduduk di sini," katanya.
Lebih penting jelas Rosli, pemimpin yang akan dipilih pada 19 November depan itu, dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.
"Kalau boleh biarlah anak jati Pekan, jangan selepas PRU dah dapat kemenangan, hilang janji tinggal janji.
"Tapi, InsyaAllah Pekan tiada lagi macam itu," tambahnya.
Pada PRU14, Najib mempertahankan kerusi Parlimen Pekan selepas memperoleh kemenangan majoriti besar 24,859 undi mengatasi tiga lagi pencabarnya, Ahiatudin Daud (Pas), Zahid Mat Arip (PH) dan Andil Kadir Sainudin (Bebas).
Fareez Azman
Mon Oct 24 2022
Seorang penduduk berpandangan calon yang akan dipilih mengantikan Najib, diharapkan dapat menyambung legasi ditinggalkan bekas Presiden UMNO itu. - Gambar fail REUTERS
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Dua maut dalam kemalangan di Pekan
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Kampung Salong, di Pekan hari ini.
557 daripada 1,065 mukim capai kategori menua, Kerling tertinggi - DOSM
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Mukim Kerling di Selangor mencatatkan penduduk tertinggi bagi umur 65 tahun dan lebih dengan 25.2 peratus.
Agong berkenan rasmi sawah berskala besar ala Sekinchan di Pekan
Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmikan Program Smart Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan di Kumpulan Pengguna Air Pematang Durian, Skim Merchong di Pekan.
Jambatan kekal akan dibina di lokasi mendap lebuh raya Kuantan-Segamat - Ahmad Maslan
Sebuah jambatan kekal di Kilometer 73, Lebuhraya Kuantan-Segamat di Pekan akan dibina bagi menggantikan jambatan Bailey.
Banjir paling buruk, air naik terlalu cepat - Mangsa
Banjir di Felda Chini Timur 3, di Pekan, Pahang yang berlaku semalam, disifatkan mangsa sebagai paling buruk pernah berlaku di kawasan berkenaan.
Pemasyhuran Majlis Perbandaran Pekan imbau sejarah lebih tiga dekad
Pada 3 Nov 1990, Yang di-Pertuan Agong berangkat sebagai Yang Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan menyempurnakan Majlis Pemasyhuran MDP.
Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV
Kejadian pada tengah hari Sabtu itu meragut nyawa Nik Ikram Idwan dan adik-adiknya, Nik Nur Faqihah dan Nik Ikram Nuqman.
PRU15: Pekan dijangka ada pertembungan lima penjuru?
Kerusi Parlimen P.085 Pekan dijangka menyaksikan pertembungan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
PRU15: 58.1 peratus pengundi baharu di Pekan bakal pilih siapa?
Bagaimana penerimaan golongan muda dan pengundi kali pertama terhadap calon-calon dan parti politik yang bertanding di kawasan itu?
PRU15: Sah Nooryana Najwa tak ganti Najib di Pekan
Teka-teki siapa calon Barisan Nasional (BN) bagi mengisi kerusi Parlimen Pekan disandang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya terjawab.