LENGGONG: Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menafikan menandatangani 'surat aku janji' seperti yang tersebar dalam media sosial pada Rabu.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Shamsul Anuar berkata surat aku janji kononnya ditandatangani beliau sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) yang tersebar itu adalah palsu dan tidak benar.

Antara lain, kandungan surat itu mensyaratkan calon memberi jawatan kabinet utama kepada wakil BN dan UMNO yang diarahkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, calon juga perlu bersetuju menggugurkan kes-kes mahkamah yang melibatkan kepimpinan UMNO dan BN

"Tiada sebarang aku janji sebegini dilakukan.

"Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan  jelas ia perancangan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika musim PRU15 ini.

"Mohon rakyat Malaysia yang mendapat aku janji palsu ini tidak terpengaruh dengannya.

"Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau Rabu malam.

BACA SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI

Shamsul Anuar sebelum ini diumumkan sebagai calon BN di Parlimen Lenggong pada PRU15.

Pada Rabu, tular sepucuk surat, mendakwa ia merupakan 'surat aku janji' buat semua calon daripada UMNO yang akan bertanding dalam PRU15 nanti.

Antara inti pati surat tersebut termasuk: