SEREMBAN: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Pakatan Harapan (PH) tetap tidak perlu mewujudkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Rafizi berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat PH yang diadakan pada Rabu lepas.
"Mesyuarat PH pada Rabu lepas sudah buat keputusan noktah. Maksudnya kita akan terus berkempen dalam PRU15 sebagai PH," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam tadi.
Katanya, PKR sebagai tulang belakang PH berpegang kepada prinsip satu gabungan melibatkan semua kaum di negara ini dan sekiranya niat gabungan bersama PN tidak betul iaitu hanya menggunakan alasan untuk menumbangkan BN (Barisan Nasional), ia akan mewujudkan satu kerajaan yang tidak stabil.
"Menang atau kalah belakang kira, kami (PKR) mahu pertahankan idealisme kami. Tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara). Mereka pimpinan senior berpengalaman berpuluh tahun, terpulang kepada mereka...saya hanya berpegang kepada keputusan di peringkat PH iaitu noktah (tiada kerjasama dengan PN)," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbangkan membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU15 adalah BN. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Rafizi Ramli berkata, Pakatan Harapan (PH) tetap tidak perlu mewujudkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar BERNAMA
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas Helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan semua acara sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Jumaat ini dibatalkan susulan nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
KL20 2024: Malaysia berusaha tarik masuk ‘unicorn’ - Rafizi
Kemasukan syarikat 'unicorn' ke dalam negara mampu mencipta pekerjaan yang berkemahiran dan bernilai tinggi.
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sidang KL20 April ini pacu Malaysia sebagai hab pemula niaga, modal teroka - Rafizi
Rafizi berkata, ini juga sejajar dengan kedudukan Kuala Lumpur ketika ini yang berada dalam kelompok 47 teratas global.
Parlimen: Lebih 2 juta cubaan akses PADU sehari berjaya dipatahkan - Rafizi
Rafizi menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.
PADU mahu bantu kumpulan pertengahan capai kemajuan ekonomi lebih pantas - Ketua Perangkawan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.
Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta - Rafizi
Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).