KINABATANGAN: Trend keluar mengundi di Parlimen Kinabatangan sejak pagi Sabtu disifatkan luar jangkaan, kata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurut calon BN Parlimen Kinabatangan itu, perkara itu merupakan mesej bahawa rakyat mahu membuat perubahan dan yakin BN  mendahului.

"Demikian juga di kawasan-kawasan lain yang mana beberapa kawasan hitam. Insha-Allah saya yakin BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu menawan beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)," katanya ketika ditemui Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam, Kinabatangan.

Bung sebelum itu hadir membuang undi di SMK Bukit Garam, Kinabatangan dengan memakai kemeja putih dan berseluar jeans biru.

Beliau hadir kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Bung Dan calon Parti Warisan Mazliwati Abdul Malek.

Mazlinawati membuang undi di Sekolah Kebangsaan Buang Sayang, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Sementara, tinjauan di kehadiran pengundi di SMK Bukit Garam mendapati kehadiran pengundi sememangnya ramai seawal jam 8 pagi tadi walaupun hujan.