Ratusan penyokong Warisan-DAP-PKR berhimpun

Astro Awani
Mei 10, 2018 14:47 MYT
Pasukan polis membuat kawalan di laluan masuk ke Jalan Istana Negeri.
Ratusan penduduk Sabah dan penyokong Parti Keadilan Keadilan (PKR), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP dilihat berhimpun di bahu jalan menuju ke Istana Negeri Sabah.
Tindakan itu juga dipercayai sebagai tanda protes menjelang majlis angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Kesemua mereka mula berkumpul di bahu jalan itu sejak pukul 5 petang selepas pengumuman Barisan Nasional (BN) Sabah berjaya membentuk kerajaan negeri selepas calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bekerjasama dengan BN sebagai satu gabungan.
Para penyokong dan penduduk Sabah itu dilihat sebagai tanda protes di atas tindakan calon STAR yang memutuskan untuk bekerjasama dengan BN Sabah.
Bukan setakat itu, beberapa kawasan di bandaraya Kota Kinabalu turut dibanjiri penyokong sebagai tanda protes.
Mereka berhimpun sambil membawa bendera parti sambil melaungkan slogan 'Ubah'. Turut kelihatan laluan masuk ke Jalan Istana Negeri turut ditutup selain dikawal ketat oleh pihak polis.
Beberapa netizen turut berkongsi video dan gambar mengenai perhimpunan itu.

Himpunan penyokong Pakatan Harapan dan Warisan di hadapan Jalan Istana, Padang Merdeka di sini malam ini. pic.twitter.com/mnH7XgEKch

— BAH (@BahInNation) May 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ratusan penduduk Sabah dan penyokong Parti Keadilan Keadilan (PKR), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP berhimpun di bahu jalan menuju ke Istana Negeri Sabah sambil membawa bendera dan melaungkan slogan 'Ubah' - Sumber video: orang awam @501Awani #MalaysiaMemilih #Sabah pic.twitter.com/1h9xOcqJe2

— Tan Su Lin AWANI (@tan_sulin) May 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Demi masa 5 tahun kehadapan !! #SabahUbah #TatapWarisan pic.twitter.com/NhVhM7uuZG

— RINCESS(@PRINCESSNOURTYA) May 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#SabahUbah pic.twitter.com/4pCCiN6U1e

— Duncan (@dncnphilips) May 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barisan Nasional #BN Sabah #DAP #Istana Negeri #PKR #Sabah #Warisan