Konsep perpaduan ummah oleh keseluruhan pemimpin Melayu dari segenap parti politik menjamin penyatuan serta perpaduan bagi menyenangkan proses bina semula negara.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, kestabilan politik Melayu amat penting untuk menjamin kemampanan lanskap politik negara yang teruk dibinasakan rejim kleptokrasi pada suatu masa dahulu.
"Saya menyokong penuh kenyataan Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam menyeru keseluruhan rakyat agar bersatu padu ke arah membina sebuah negara yang harmonis serta maju jaya.
"Walaupun Hishammuddin masih lagi salah seorang tokoh pemimpin UMNO; namun saranan seperti ini harus diambil serius oleh semua khususnya tokoh-tokoh pemimpin politik yang bakal mengacu hala-tuju masa depan negara yang tercinta ini.
"Sebab itu saya sering kata tidak semua pemimpin-pemimpin UMNO itu tidak baik. Hanya segelintir sahaja tokoh-tokoh pemimpin UMNO yang rakus kuasa dan berkepentingan diri dan harus ditolak rakyat secara total," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Khairuddin mengulas catatan terbaharu di laman sosial Hishammuddin baru-baru ini mengenai perpaduan serta keharmonian negara.
Dalam pada itu jelas Khairuddin, pengukuhan dan semangat bersatu padu dalam lanskap politik Melayu akan melimpahkan nikmat kepada keseluruhan kaum-kaum lain tanpa mengira bangsa atau agama.
"Keseluruhan kaum-kaum lain adalah saudara kita dari bumi Malaysia yang bertuah ini. Bangsa Melayu sama sekali tidak akan berkompromi dengan agenda politik sempit dan unsur-unsur yang berbaur perkauman.
"Saya ‘angkat topi’ kenyataan Hishammuddin. Apabila pulang dari Mekah nanti, saya akan membuat pertemuan dengan Hishammuddin serta rakan-rakan lain ke arah penganjuran 'Majlis Perpaduan Ummah' bagi merapatkan lagi saf perjuangan bangsa Melayu di samping menjaga kepentingan hak kaum-kaum lain di tanahair kita.
"Masanya sudah sampai untuk kita anjurkan satu platform penyatuan bangsa Melayu ke arah menjamin survival kepimpinan Melayu di samping para sahabat dari kaum-kaum lain di Malaysia," ujarnya.
TONTON: Semua pemimpin parti Melayu perlu sahut seruan Tun Dr Mahathir
BACA: 'Bakulsampahkan' komponen PH yang gugat penyatuan parti Melayu - Rahim
Sebelum ini, Hishammuddin dilaporkan mengambil pendirian sederhana berkenaan isu penyatuan parti politik yang mewakili orang Melayu.
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, dalam hal tersebut, semua pihak termasuk parti Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) perlu menyatakan pendirian masing-masing.
Namun baginya, mana-mana pihak tidak perlu menampilkan sikap angkuh dan sombong apabila memberikan pandangan tentang isu tersebut.
Hishammuddin turut berkata, selain daripada perpaduan dalam kalangan orang Melayu, para pemimpin parti politik juga perlu menitikberatkan perpaduan antara kaum di negara ini.
Astro Awani
Sun Aug 18 2019
Khairuddin berkata, pengukuhan dan semangat bersatu padu dalam lanskap politik Melayu akan melimpahkan nikmat kepada keseluruhan kaum-kaum lain tanpa mengira bangsa atau agama. - Gambar fail
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.