Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor secara berseloroh menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang ‘Pengumum Majoriti’.
Jelasnya, beliau sudah mendengar mengenai dakwaan dan keinginan pemimpin berkenaan untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sejak 20 tahun lalu namun ianya tidak pernah menjadi kenyataan.
Tambah Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu, sokongan terhadap Anwar juga dilihat tidak mencukupi dalam membentuk sebuah kerajaan baharu memandangkan ianya terdiri dari kumpulan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sahaja dan tidak melibatkan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Sanusi turut menegaskan bahawa telah membuat pengesahan dengan Ahli Parlimen dari Pas dan tidak ada seorang pun yang menyatakan hasrat untuk menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Menurutnya, pengumuman yang dibuat Anwar pada Rabu, hanya sebagai helah bagi mempengaruhi proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung hari ini (Sabtu).
"Saya dengar Anwar hendak jadi perdana menteri sudah 20 tahun, tidak jadi-jadi lagi pun. Saya ucap selamat maju jaya kepada beliau, depa (mereka) kata (Anwar adalah) ‘Pengumum Majoriti’, PM.
“Saya sudah periksa dengan kawan-kawan, tidak ada lah yang ‘sign’ bagi (sokongan) kat dia, dia ada PH, dia ada DAP, dia ada Amanah, dia ada PKR tiga parti tu saja tidak cukup, kasihan dekat dia, dia (Anwar) hendak mempengaruhi undian hari ini di Sabah," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Program Santuni Petugas Barisan Hadapan anjuran bersama Kelab ADUN Backbenchers Pas Kedah dan beberapa syarikat tempatan di Zon Melor, Amanjaya, pada Sabtu.
BACA: Hairan dengan pengumuman Anwar, Mukhriz saran kemuka bukti
Terdahulu, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyarankan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk mengemukakan bukti jumlah sokongan Ahli Parlimen yang menyokongnya dalam membentuk sebuah kerajaan baharu seperti yang didakwa pemimpin terbabit.
Beliau turut berasa hairan dengan pengumuman yang dibuat Anwar yang memaklumkan bahawa memiliki majoriti yang besar walhal ketika ini satu demi satu Ahli Parlimen dari UMNO, Pas, dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengesahkan untuk tidak menyokongnya.
Tambah Mukhriz, tindakan Anwar yang dilihat tidak sudi untuk bekerjasama dengan pihaknya menyebabkan kesemua 18 Ahli Parlimen yang mewakili Pejuang, Parti Warisan Sabah (Warisan), Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak mengambil sikap "terhegeh-hegeh" untuk menawarkan diri bagi menyertai kerjasama berkenaan.
Abd Hadi Che Awang
Sat Sep 26 2020
Menurut Muhammad Sanusi, pengumuman yang dibuat Anwar pada Rabu, hanya sebagai helah bagi mempengaruhi proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung hari ini . - Gambar fail/BERNAMA
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.