PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak nyanyuk seperti yang sering didakwa segelintir pihak meskipun usianya sudah mencecah 97 tahun. 

Sehubungan itu, Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu berikrar akan terus berkecimpung dalam gelanggang politik termasuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

"Saya nampak nyanyuk? Saya masih boleh jawab soalan you (wartawan). Yalah, memang orang umur 97 biasanya nyanyuk. Do you see me as (nyanyuk)...?" soalnya dalam sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, pada Rabu..

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu dilaporkan sebagai akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

Namun, kenyataannya itu dikritik pelbagai pihak disebabkan usianya yang akan genap 100 tahun dalam masa tiga tahun akan datang.

Ketika dilantik sebagai PM ketujuh pada 2018, Dr Mahathir melakar sejarah sebagai pemimpin negara paling tua di dunia.

Saya tidak nyanyuk - Tun M | #MalaysiaMemilih