Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN

Fareez Azman
Ogos 13, 2023 05:40 MYT
Pada PRN Selangor yang berakhir semalam menyaksikan PH-BN berjaya memperoleh 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus membolehkan kerajaan negeri yang baharu dibentuk. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim menerusi satu kenyataan media pada Ahad.
“Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 14 Ogos 2023, Bersamaan 27 Muharram 1445H sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor ke-15,” jelasnya.
PRN: Untuk keputusan penuh, siapa menang dan siapa kecundang klik di SINI
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam amanat khas memaklumkan kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH-BN) bersetuju mengisytiharkan Isnin sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan itu berjaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pada PRN Selangor yang berakhir semalam menyaksikan PH-BN berjaya memperoleh 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus membolehkan kerajaan negeri yang baharu dibentuk.
Manakala Perikatan Nasional (PN) hanya meraih 22 kerusi DUN pada PRN itu.
#PRN Selangor #umum cuti #Amirudin Shari #cuti peristiwa #Kerajaan Perpaduan