Selepas penamaan calon, ini masa jentera PKR bersatu - Tun M

Azyyati Ahmad
April 28, 2018 14:30 MYT
Dr Mahathir (tengah) calon DUN Ayer Hangat, Juhari Bulat, dan calon DUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad sebelum menghantar borang pencalonan bagi PRU14 masing-masing di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Pulau Langkawi hari ini. - BERNAMA
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar semua jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersatu dan menggembleng tenaga membantu calon-calon PKR yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau bertembung dalam saingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nawawi Ahmad, dan calon PAS, Zubir Ahmad, di kerusi P.004 Langkawi.
Bekas perdana menteri itu bertanding sebagai calon PKR dan menjadi calon tertua yang bertanding pada PRU14 kali ini, iaitu pada usia 93 tahun.

Selesai penamaan dan pengumuman calon bagi Parlimen Langkawi dan dua DUN iaitu DUN Kuah dan DUN Ayer Hangat tengah hari tadi. Inilah masanya untuk semua jentera parti bersatu padu, menggembleng tenaga dan usaha bagi membantu calon-calon Pakatan Harapan menang di PRU14 nanti. pic.twitter.com/XjjbzaIX8o

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sepatah dua kata Tun M @chedetofficial sebelum memasuki pusat penamaan calon di Langkawi @501Awani pic.twitter.com/mnrrOtaR0x

— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kerusi Parlimen Langkawi sebelum ini dimenangi Nawawi pada PRU13 mengalahkan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein, dengan majoriti 11,861 undi.
#Mahathir Mohamad #MalaysiaMemilih #pilihan raya umum #PKR #PPBM #PRU14 #Tun Mahathir