SEREMBAN: Negeri Sembilan merekodkan 8,748 kes usikan pemasangan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) membabitkan kerugian lebih RM93 juta sejak 2018 hingga Okt 2022, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri Teo Kok Seong berkata daripada jumlah itu, Seremban mencatatkan kes tertinggi iaitu 5,986 kes dengan kerugian RM71 juta, diikuti Port Dickson 1,342 kes (RM13.8 juta), Jempol 536 kes (RM3.4 juta) dan Tampin 412 kes (RM1.9 juta).
"Kuala Pilah sebanyak 277 kes (RM1.5 juta), Rembau 178 kes (RM847,464) manakala Jelebu 17 kes babitkan kerugian sebanyak RM298,868. Daripada jumlah itu, sebanyak 423 kes dibawa ke mahkamah untuk didakwa.
"Selain itu, kecurian air pula mencatat 1,771 kes dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta bagi tempoh sama," katanya menjawab soalan Chew Seh Yong (PH-Lobak) yang ingin tahu jumlah kecurian air dan elektrik sejak 2018 hingga kini pada Persidangan DUN Negeri Sembilan di sini hari ini.
Justeru, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes kecurian air atau elektrik untuk melaporkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan sewajarnya sekali gus mengelak kerugian kepada agensi dan kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Teo meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes kecurian air atau elektrik untuk melaporkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan sewajarnya.- Fail/Facebook
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Sidang DUN: Negeri Sembilan rekod 8,748 kes usik meter TNB, rugi lebih RM93 juta
Negeri Sembilan merekodkan 8,748 kes usikan pemasangan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) membabitkan kerugian lebih RM93 juta sejak 2018 hingga Okt 2022, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu.