PELBAGAI faktor akan mempengaruhi sentimen masyarakat sebelum membuat keputusan untuk memilih calon mana yang dirasakan benar-benar layak mewakili mereka dalam pilihan raya.

Astro AWANI telah bertanyakan soalan melalui kaji selidik #SuaraMalaysia – Adakah anda mahu YB muka baharu, atau telah dikenali – dan tiga pilihan jawapan telah diberikan.

Berdasarkan keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Rabu, 5,865 responden telah mengikuti kaji selidik ini, dan majoriti iaitu seramai 72 peratus menyatakan mereka mahu YB atau wakil rakyat muka baharu.

Mengikut pecahan, hanya 24 peratus yang mahu YB yang dikenali, manakala empat peratus lagi memberitahu mereka tidak pasti.

Berdasarkan keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Rabu, 5,865 responden telah mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, dan majoriti iaitu seramai 72 peratus menyatakan mereka mahu YB atau wakil rakyat muka baharu.

Soalan ini akan diteruskan sehingga Khamis, sebelum keputusan penuh diumumkan pada Buletin AWANI 745.

Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.

Kaji selidik itu dibincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.

Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.

Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 Astro AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.