HARI penentuan untuk pengundi melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin hampir dan debarannya semakin terasa.

Dengan hanya sembilan hari menjelang hari mengundi, kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.

Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - Calon PRU15 kawasan anda dah isytihar harta?

Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Khamis.

Daripada 1,180 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati jumlah responden yang menyatakan calon PRU15 kawasan mereka tidak mengisytiharkan harta lebih tinggi.

Sebanyak 25 peratus memilih ya, diikuti 42 peratus tidak, manakala 33 peratus tidak pasti.

Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.

Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.

Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.

Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.

Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.

Mengangkat tema "Malaysia memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.