SHAH ALAM: "Tidak ada sebarang wajah potret pemimpin ataupun hiasan bersifat kekal dalam Dewan Merdeka," kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menerusi hantaran video berdurasi dua minit satu saat di Facebooknya hari ini, beliau menjelaskan, Dewan Merdeka adalah milik Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang terbuka dari segi penyewaan kepada orang ramai dan sesiapa sahaja ingin menganjurkan apa juga bentuk program.
"Kalau dalam konteks Perhimpunan Agung UMNO (PAU) maka UMNO akan menghiaskan ataupun WTC menghiaskan Dewan Merdeka dengan bendera UMNO termasuklah potret pemimpin-pemimpin UMNO yang lampau.
"Tetapi dalam majlis-majlis lain, tidak ada sebarang pun gambar potret pemimpin-pemimpin dalam Dewan Merdeka. Begitu juga Konvensyen Nasional dalam Kerajaan Perpaduan.
"Tidak ada istilah nak tutup mana-mana potret. Tidak ada istilah nak mengalihkan mana-mana potret dan mana-mana pemimpin kerana memang di dalamnya tidak ada sebarang potret ataupun apa juga hiasan kekal," katanya.
Pada Ahad, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) minggu lalu sebagai janggal.
Menurut Bekas Naib Presiden UMNO itu, antaranya, ia diadakan di Dewan Merdeka, iaitu rumah UMNO sendiri selain mendakwa gambar-gambar bekas pemimpin UMNO yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti 'dihilangkan' dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, pemasangan gambar bekas pemimpin UMNO semuanya adalah bergantung pada cita rasa dan kehendak penganjur yang mahu menjalankan sesuatu majlis.
Beliau dengan nada sinis menyatakan mungkin ada pemimpin yang sudah lama tidak masuk ke Dewan Merdeka sehingga menyebabkan mereka membuat dakwaan sedemikian.
"Mungkin ada pemimpin-pemimpin yang dah lama tak masuk Dewan Merdeka ni. Mereka lupa agaknya, tapi tak apalah.
"Yang penting penjelasan ini seharusnya menutup segala mulut-mulut sengaja mahu mencetuskan keraguan dan mempunyai niat jahat untuk memfitnah kepimpinan seolah kita tidak menghargai ataupun melupakan jasa pemimpin-pemimpin lampau," ulasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 22 2023
Mengulas dakwaan Hishammuddin (kanan) bahawa gambar bekas pemimpin UMNO hilang semasa konvensyen kerajaan di Dewan Merdeka, Asyraf Wajdi (kiri) berkata, pemasangan gambar semuanya bergantung pada cita rasa dan kehendak penganjur sesuatu majlis.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
'Tak ada potret pemimpin UMNO kekal dalam Dewan Merdeka'
Jelasnya, Dewan Merdeka adalah milik WTC yang terbuka untuk disewa oleh sesiapa yang ingin menganjurkan sebarang bentuk program.