Tak perlu guna gelaran 'Bekas Ratu Cantik' - penyokong Jo-Anna

Syafique Shuib
April 28, 2018 21:38 MYT
Jo-Anna memiliki ijazah Sarjana dalam Undang-undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England. - Facebook Jo-Anna Henley Rampas
Dari khabar angin beliau ingin bertanding sehinggalah beliau disahkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nama Jo-Anna Sue Henley Rampas kian mendapat perhatian orang ramai.
Terkini, penyokong kepada calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu itu tidak mahu gelaran 'Bekas Ratu Cantik' itu digunakan.
Sebaliknya, mereka mahu fokus diberikan kepada kelayakan pendidikan beliau dalam jurusan undang-undang dan juga pengalaman beliau dalam politik sebagai ikon untuk belia Sabah.
BACA: Jelitawan Jo-Anna Sue bakal gegar arena politik Sabah

First of all, lose the 'bekas ratu cantik' definition. She is more than that. She is a law graduate, a candidate for Kiulu. She is a SABAHAN.

— Equanimity (@EquanimityBoat) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Former beauty queen? I think her other achievements worth to mention too... very smooth character assassination... https://t.co/xN6379pMZL

— Syhm Brhm (@SyahmiBrahim) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Bekas ratu cantik"

— Maszlanz (@Maszlanz22) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika ditinjau sejarahnya, penglibatan beliau dalam bidang politik bermula apabila Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk mewakili Gen Y dan Gen Z di Sabah.
Jo-Anna merupakan graduan ijazah Sarjana dalam Undang-undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England.
#calon #DUN Kiulu #graduan #ijazah #Jo-Anna Sue Henley Rampas #MalaysiaMemilih #Parti Warisan Sabah #pendidikan #penyokong #pilihan raya #pilihan raya umum #PRU14 #ratu cantik #undang-undang #University of West England