KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka menyampaikan Taklimat Khas Presiden, Sabtu ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapan di laman media sosial Twitter, pada Rabu.


Berdasarkan ciapan, taklimat yang bakal diadakan di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC) itu berkisar mengenai isu semasa dan terkini.

"Kesemua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan pimpinan dijemput hadir dengan mengenakan pakaian baju merah UMNO," katanya.