ALOR GAJAH: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Abdul Ghafaar Atan atas pemergian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan itu pada Rabu.

Jelas Hamzah, Allahyarham merupakan sahabat baiknya sepanjang karier politik.

"Takziah kepada keluarga bekas Yang Berhormat Datuk Abdul Ghafaar Atan baru sahaja saya dapat berita beliau telah meninggalkan kita.

"Saya ucapkan takziah beliau juga sahabat saya dalam politik. Dalam perjuangan kadang kala sahabat akan terus jadi sahabat tetapi dalam mana nak menentukan masa depan perjuangan adalah paling mustahak," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas makan tengahari di Pasar Menggong, di sini hari ini.

BACA: Bekas ADUN Asahan, Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia

Allahyarham Ghafaar menghembuskan nafas terakhir jam 1.04 tengah hari Rabu di Hospital Melaka.

Sebelum ini, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas disahkan positif COVID-19 sebelum ditidurkan.