TAMPIN: Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, fokus utama ahli parti UMNO ketika ini adalah membantu penduduk yang terlibat dengan banjir di beberapa negeri termasuk di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, sejak bulan lepas.
“Kita belum muktamadkan tarikh baharu (PAU) dan kita akan putuskan dalam mesyuarat MKT yang akan dipengerusikan presiden parti untuk tarikh baharu yang sesuai.
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung penangguhan PAU yang sepatutnya diadakan pada 13 hingga 15 Januari ini. Keutamaan kita bantu mangsa banjir, mereka perlu dibantu dulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program gotong-royong perdana di Taman Pinggiran Sungai Kelamah di sini pada Selasa.
Pada 25 Disember lepas, Ahmad mengumumkan PAU 2021 yang dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 Januari ini ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.
Sementara itu, beliau berharap UMNO Bahagian Kota Raja dan Klang di Selangor yang masih belum mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian berikutan banjir, supaya mengadakannya pada hujung bulan ini setelah keadaan reda.
Bernama
Tue Jan 04 2022
Fokus utama ahli parti UMNO ketika ini adalah membantu penduduk yang terlibat dengan banjir di beberapa negeri termasuk di Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang, sejak bulan lepas. - Gambar fail
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
UMNO: Polemik pelantikan MB Johor dijangka disentuh dalam ucapan Presiden
Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan PRN dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok.
PAU 2021: Bahas cadang pembaikan isu rakyat, perjuangan parti - Mahdzir
Para pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 perlu memanfaatkan peluang perbahasan dengan mengemukakan cadangan bernas berkaitan isu rakyat.
Tarikh PAU 2021 diputuskan pada 12 Januari
Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.