Tiada mana-mana pihak berhak menghalang Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak menghadirkan diri bagi merasmikan Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Nov ini.
Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata ini kerana Najib adalah pemimpin negara ini yang dipilih rakyat dan MIC sekarang berada di bawah kepimpinan Presiden baharu Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang diiktiraf perdana menteri.
"PM (perdana menteri) mengiktiraf Datuk Subramaniam sebagai pemimpin MIC dan tiada siapapun boleh menghalang PM. PM adalah pemimpin utama negara ini.
"Saya yakin segala mesyuarat dan perhimpunan akan berlangsung dengan baik dan penuh disiplin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Bersempena Musim Perayaan Deepavali 2015 di sini, hari ini.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz.
Samy Vellu yang juga Duta Khas Infrastruktur ke India dan Asia Selatan berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal mengenai penyokong Datuk Seri G. Palanivel meminta Najib supaya tidak hadir pada Perhimpunan Agung MIC.
Penyokong Palanivel mendakwa tiada kebaikan sekiranya Najib hadir dan merasmikan perhimpunan agung itu sebaliknya ia akan memecah-belahkan komuniti kaum India di negara ini.
Kumpulan itu turut dipetik oleh portal berkenaan sebagai berkata mereka tidak teragak-agak untuk memprotes pada perhimpunan agung berkenaan bagi menghentikan ia daripada berlangsung.
Mengulas lanjut, Samy Vellu berkata para penyokong yang mendakwa bersama Palanivel pada masa ini tidak pun mencecah 1,500 orang malah Dr Subramaniam sudah membawa balik kebanyakan mereka ke pangkuan parti.
"Masyarakat India akan sedar keharmonian negara ini terpelihara di bawah BN yang mana Datuk Seri Najib pemimpin yang akan membawa rakyat ke arah kesejahteraan...mereka yang bising ini akan menyesal kemudian," katanya.
Samy Vellu mendakwa Palanivel gagal memimpin parti dengan baik sepanjang empat tahun lepas semasa menjadi presiden sehingga membawa pelbagai masalah kepada parti.
"Kalau beliau mempedulikan parti sudah pasti beliau akan diangkat sebagai pemimpin terbaik hari ini," katanya.
Dalam pada itu, Samy Vellu berkata Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan adalah seorang pemimpin berpendidikan, berpengalaman dan pintar yang boleh membawa pembaharuan baik kepada parti.
"Isu PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang bukan hanya melibatkan Datuk Seri Subramaniam tetapi keseluruhan MIC perlu bekerja kuat. Saya sendiri akan membantu Datuk Seri Subramaniam untuk mencapai matlamat itu," katanya.
Bernama
Sat Oct 31 2015
SAMY VELLU: Ini kerana Najib adalah pemimpin negara ini yang dipilih rakyat dan MIC sekarang berada di bawah kepimpinan Presiden baharu Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang diiktiraf perdana menteri. - Gambar fail
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.