KOTA BHARU: Semangat federalisme serta perpaduan antara kerajaan Persekutuan dan negeri yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini wajar diteruskan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed, konsep federalisme yang diamalkan itu mewujudkan kerjasama rapat yang seharusnya dipraktikkan oleh kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Konsep federalisme ini penting, kita lupakan sejarah lama dan harus memandang ke hadapan.
"Kita mengharapkan keadilan dan ihsan di pihak kerajaan Pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan hubungan erat dan kemajuan di Kelantan serta negeri negeri kurang membangun dapat diteruskan.
"Menjadi satu sejarah dan kenangan manis buat Kelantan dan rakyatnya apabila lima menteri penuh dan tujuh timbalan menteri menganggotai Jemaah Menteri (dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan sebelum ini) sekali gus menyaksikan banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi persidangan DUN Kelantan (Pembentangan Belanjawan 2023) di sini hari ini.
Mustapa yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pernah dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua pada 7 September 1998, selepas Anwar diarahkan meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1 September 1998.
Mustapa pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) baru-baru ini tidak mempertahankan kerusi Parlimen Jeli yang diwakilinya sejak sekian lama atas alasan kesihatan.
Vivi Sumanti
Sun Nov 27 2022
Mustapa berkata, konsep federalisme yang diamalkan mewujudkan kerjasama rapat yang seharusnya dipraktikkan oleh kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
'Ahli Parlimen pembangkang mula terima TPPA' - Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen pembangkang kini semakin menerima secara terbuka berkenaan langkah kerajaan menandatangani Perjanjian TPP.
Pelaburan TOKPA lepasi sasaran
Pelaburan terealisasi Malaysia pada 2012 melepasi sasaran sebanyak 9.1 peratus pada RM139.5 bilion.