KUALA LUMPUR: Rakyat perlu berani melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menolak pemimpin yang terlalu lama berada dalam kelompok kuasa mereka.
Bekas ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee menegaskan, keberadaan mereka untuk terus berkuasa tidak lagi sesuai dengan persekitaran politik masa kini.
"Sudah sampai masanya struktur politik negara ini diubah dan pemimpin yang bergelut dengan krisis keyakinan juga wajar disingkirkan.
"Keadaan itu akan membolehkan politik Malaysia bebas daripada cengkaman idealisma politik 'order lama'," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
BACA: Malaysia perlu iktiraf pemimpin muda - Penganalisis politik
BACA: Tujuh pemimpin muda dilantik sertai Kabinet
Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian menjelaskan, sudah tiba masanya Malaysia mengiktiraf kedudukan anak muda yang mempunyai kewibawaan, ketokohan dan kepakaran daripada pelbagai latar belakang, termasuk kesaksamaan jantina, bagi membuka peluang yang boleh diraih dalam PRU15 akan datang.
Menurutnya, langkah memperkenalkan calon baharu adalah satu tawaran atau penjenamaan baharu yang sesuai dengan perubahan politik arus perdana tanah air.
Sehubungan itu, kata Syed Ali, pemimpin yang benar-benar berintegriti dan golongan muda berpontensi perlu dipilih serta diberikan peluang sebagai pemimpin pada PRU15 bagi menerajui masa depan negara yang lebih bertangungjawab kepada rakyat.
Tambahnya, ia termasuk urus tadbir yang cekap, kestabilan politik dan kecemerlangan, setanding dengan negara-negara serantau yang turut mengalami perubahan iklim politik.
Terdapat tujuh pemimpin muda berusia bawah 45 tahun yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam barisan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia merupakan 10.1 peratus dari jumlah keseluruhan anggota jemaah menteri.
Sebelum ini, Penasihat Akhbar The Star yang juga ahli Majlis Pemulihan Negara, Datuk Seri Wong Chun Wai berpendapat, masih ada harapan naratif politik baharu dapat bermula dalam kalangan beberapa pemimpin muda.
Tegasnya, walaupun berbeza parti, bangsa dan agama, ia tetap dapat menggerakkan kerjasama untuk melancarkan usaha pemulihan negara.
Astro Awani
Mon Dec 27 2021
Kata Syed Ali, pemimpin yang benar-benar berintegriti dan golongan muda berpontensi perlu dipilih serta diberikan peluang pada PRU15. - Gambar fail Astro AWANI
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar
Bung Moktar Radin berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Ahmad Zahid yakin UMNO kembali jadi pilihan rakyat Kelantan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin parti itu akan kembali menjadi pilihan rakyat Kelantan pada masa hadapan.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
UMNO-BN Sabah tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' - Bung Moktar
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengambil langkah lebih berhati-hati sebelum mengambil keputusan menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang