SUNGAI PETANI: Dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli bahawa Pas menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah disebabkan sentimen perkauman dan politik wang, seumpama menuduh pengundi terlalu naif.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tuduhan itu juga dilihat secara terang telah menghina pengundi khususnya di Negeri Jelapang Padi itu.
Menurutnya, Mohd Rafizi seolah-olah menganggap pengundi PRU15 2022 tidak bijak, tidak tahu membuat penilaian, sentiasa membuat pilihan yang salah dan sangat teruja dengan wang rasuah pilihan raya.
"Pas memang ‘parti tin Milo’, bukan seperti mereka yang ditaja oleh tauke-tauke besar, hingga ke sana sini berkempen mampu naik helikopter, calon Presiden Amerika Syarikat adalah contoh manusia atas planet ini yang ada kemampuan seperti itu," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Selain itu, Muhammad Sanusi berkata, raja politik wang yang mana Rafizi sendiri sering ulang sebut dalam ceramahnya sebelum ini, kini sedang 'bersekedudukan' dengan mereka, masakan tidak tahu sedangkan beliau kini merupakan Menteri Ekonomi.
"Bagi Rafizi, dia dan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah salah, sempurna dan sentiasa benar dalam semua hal.
"Ironinya, kebencian pengundi kepada formula sampah yang tidak pernah berjaya, ucapan bernada bongkak, memandang rendah orang lain, perasan bijak, membina persepsi dengan menipu, menghina dan mencela dalam bahasa baku telah mendorong pengundi memberikan mereka pengajaran pada PRU15.
Muhammad Sanusi menjelaskan, 'tsunami hijau orang Melayu’ pada PRU15 akan terus membesar sehari demi sehari setiap kali Rafizi membuka mulut besar beliau.
"Orang ramai sudah tahu prestasi sebenar beliau di sebalik ucapan kempen PRU15 yang kini memakan diri sendiri. Saya sebetulnya sangat berharap dia terus bercakap seperti itu.
"Kalau dia rasa dia sangat bijak, dia juga perlu sedar orang lain juga tidak bodoh. Sekarang ini tahun 2023, pengundi tidak lagi bergantung kepada 'cakap kosong berstatistik' dan retorik.
"Sekarang zaman orang menilai kerja dan prestasi, prestasi PH sudah dilihat selama 22 bulan selepas PRU14, prestasi BN pula seluruh rakyat sudah sedia maklum.
"Jika telur dan ayam pun mereka gagal uruskan, apatah lagi harga minyak yang sentiasa dijanjikan akan diturunkan tetapi tak turun-turun.
"Rafizi akan jadi punca utama PH dan BN dihukum pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan PRU16 nanti," jelasnya.
Sebelum ini, Sinar Harian pada Ahad melaporkan dakwaan Mohd Rafizi bahawa PH membuktikan bahawa ekonomi rakyat menjadi lebih baik dan kuasa orang Melayu tidak terhakis bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
Mohd Rafizi berkata, dua faktor tersebut perlu diberi penekanan kerana ianya merupakan sentimen utama yang dimainkan PN pada PRU15 lalu.
Dakwanya, faktor utama kemenangan besar PN pada PRU15 disebabkan sentimen perkauman yang disebarkan secara meluas selain perbelanjaan tinggi sepanjang tempoh berkempen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 15 2023
Muhammad Sanusi (kanan) berkata, 'tsunami hijau orang Melayu pada PRU15 akan terus membesar sehari demi sehari setiap kali Rafizi (kiri) membuka mulut beliau. - Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah Sik.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.
"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Saifuddin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah meskipun dilihat bertelagah berhubung MTPN.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
'Jaga petak masing-masing' - Sanusi
"Kita bekerja atas landasan kita, tidak cilok landasan orang lain sesuka hati."
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.