'Tujuh Dekad Memperjuang Bangsa' tema sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71

T K Letchumy Tamboo
Mei 11, 2017 08:12 MYT
Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 yang bertemakan Tujuh Dekad Memperjuang Bangsa diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula hari ini. -Gambar fail
Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 yang bertemakan ‘Tujuh Dekad Memperjuang Bangsa’ akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula malam ini.
Pelbagai aktiviti menarik berlangsung sepanjang minggu ini menuju ke acara kemuncaknya yang akan diadakan pada Jumaat 11 Mei.
Antara yang dinanti-nantikan ialah ucapan oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak merangkap Presiden UMNO.
Selain itu, majlis akan turut diwarnai penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang serta pelancaran Pembangunan Menara 70 tingkat KL Putra.
#Najib Razak #Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 #UMNO