KUANTAN: UMNO Bahagian Lipis bersetuju sekiranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.
Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO juga perlu diberi peluang memimpin dan mentadbir negara sehingga habis penggal.
"Kerana apa? Kerana kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa tiada pemimpin daripada parti lain yang boleh mentadbir dengan baik selain daripada parti UMNO dan Barisan Nasional (BN), kita perlu berikan sokongan padu kepada Perdana Menteri (Ismail Sabri).
"Tiada sebab kita perlu adakan PRU lebih awal, sedangkan kita perlukan lebih masa untuk beri keyakinan kepada rakyat, kita perlukan lebih masa kerana Bajet 2022 baharu sahaja diluluskan dan ia perlu ditunjukkan dan dibuktikan keterampilannya kepada rakyat.
"Disebabkan itulah kita perlu menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri sehingga selesai penggal atau sehingga PRU15, malahan bersetuju jika dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 nanti," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di Wisma UMNO Lipis dekat sini semalam.
Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis menyeru supaya UMNO mendekati golongan muda melalui platform antara lain media sosial seperti aplikasi TikTok.
Menurutnya undi 18 menjadi penentu pada PRU akan datang dan sekiranya ahli UMNO tidak memberi perhatian serius, tidak mustahil sekali lagi parti berkenaan akan dilanda badai dan tumbang dalam PRU itu kelak.
"Kita perlu dekati mereka, perlu curi dan tambat hati mereka. Kita dekati mereka bukan sahaja melalui sentuhan fizikal tetapi kita gunakan media sosial sebagai salah satu langkah untuk memahami golongan ini. Disebabkan inilah kita perlu seiring dengan pemikiran anak muda, tetapi ada aturannya agar ia tidak terpesong daripada matlamat asal," katanya.
Menurut Abdul Rahman, proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri yang sedang berlangsung di Sarawak hari ini juga penentu kepada landskap politik negara dan penerimaan rakyat terhadap BN.
Katanya kemenangan di Melaka membuktikan bahawa rakyat sudah mula menyambut baik BN namun parti itu tidak boleh berada di zon selesa dan mesti berusaha lebih bagi menghadapi PRU akan datang.
"Baru-baru ini kita telah selesai menghadapi PRN Melaka. Alhamdulillah kita telah dapat membentuk kerajaan BN di Melaka. Marilah kita bersedia dan mula bergerak untuk menghadapi peperangan besar dalam PRU15 yang akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Abdul Rahman ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di Wisma UMNO Lipis dekat Kuantan, 18 Dis 2021. - Bernama
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.