LARUT: Tindakan UMNO melanggar Piagam Muafakat Nasional menjadi punca Pas menolak untuk bersama gabungan itu.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketika Muafakat Nasional ditubuhkan, piagam atau perjanjian yang dibuat menyatakan bahawa gabungan itu boleh menerima parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurutnya, malah dalam piagam itu juga, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga boleh menyertai Muafakat Nasional, lapor Sinar Harian.
"Tapi malangnya bila sampai peringkat pelaksanaan terdapat dalam kalangan pimpinan UMNO yang mahu Pas dengan UMNO sahaja. Itu sudah lari daripada perjanjian. Kita berpegang pada perjanjian.
"Dia tak boleh menyalahkan Pas, nak suruh Pas dengan UMNO sahaja tak boleh, sebab kita dah berjanji dengan parti-parti lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mahabbah Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor dekat sini pada Sabtu.
Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Abdul Hadi berkata, UMNO tidak boleh mengarahkan Pas supaya hanya menerima parti itu sahaja di dalam Muafakat Nasional.
Jelasnya, Pas mempunyai pendirian tersendiri dan bukan sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN).
Pada 2 Disember lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan status kerjasama UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional akan ditentukan oleh 191 bahagian parti itu yang mula bersidang pada 18 Disember ini.
Beliau berkata, persidangan kali ini cukup penting bagi masa depan Muafakat Nasional sebelum Perhimpunan Agung UMNO berlangsung selama tiga hari bermula 13 Januari depan.
Artikel asal di Sinar Harian boleh dibaca di sini.
Sinar Harian
Sat Dec 04 2021
Abdul Hadi (tengah) ketika menghadiri Program Mahabbah Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor, Larut pada Sabtu. - Gambar SINAR HARIAN
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.
PRN: MN Negeri Sembilan rancang buat siri laporan polis terhadap pemimpin kerajaan
Beberapa siri laporan polis terhadap pimpinan Kerajaan Perpaduan akan dibuat bermula hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan jentera kerajaan bagi tujuan kempen pilihan raya negeri (PRN).
Keahlian diterima, Annuar Musa kini sah ahli Pas
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut menerima sijil keahlian Perikatan Nasional (PN) daripada presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Kegagalan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam Kerajaan Perpaduan.
Annuar Musa bertemu Tun Mahathir, bincang isu semasa politik negara
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ahad.
Saya akan pilih parti yang 'berhaluan baik' - Annuar Musa
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menegaskan akan memilih dan menyertai parti politik yang 'berhaluan baik' sebaik kembali aktif berpolitik selepas Syawal.
Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa
Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.
UMNO 'husnuzon' terhadap Muafakat Nasional - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).