Undi popular BN meningkat kepada 63.72 peratus

Bernama
Mei 8, 2016 00:08 MYT
Ia adalah peningkatan 8.32 peratus berbanding 55.4 peratus yang diperoleh gabungan itu pada pilihan raya negeri 2011.
Barisan Nasional (BN) memperoleh 63.72 peratus undi popular pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).
Ia adalah peningkatan 8.32 peratus berbanding 55.4 peratus yang diperoleh gabungan itu pada pilihan raya negeri 2011.
Pada pilihan raya negeri 2006, BN meraih 61.8 peratus undi popular.
Dalam pilihan raya kali ini, PBB mencatat 30.49 peratus undi popular, SUPP (13.38 peratus), PRS (6.85), SPDP (3.12) dan calon langsung BN (9.88).
Sementara bagi pembangkang, DAP memperoleh undi popular tertinggi dengan 18.21 peratus, diikuti PKR (9.29 peratus), PAS (1.70), Bebas (5.32), Star (0.37), Amanah (1.24) dan PBDSB (0.16).
Semalam, sebanyak 777,018 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka di 80 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, selepas BN menang dua kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon, 25 April lepas.
Pada pilihan raya negeri 2011, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP-PKR-SNAP-PAS memperoleh undi popular 41.23 peratus, Bebas (2.98 peratus) dan Parti Cinta Malaysia (0.43).
#Barisan Nasional #Bebas #BN #DAP #PAS #Pilihan Raya Negeri Sarawak #PKR #PRN #SPR #Suruhanjaya Pilihanraya