KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal menjadi pentas pertama buat golongan anak muda untuk menyuarakan hasrat mereka menerusi platform Undi18.
Laluan kini telah dibuka kepada golongan terbabit dan persoalannya kini adakah kelompok itu bersedia untuk menjadi sebahagian penentu masa depan negara?
Tidak dinafikan, suara anak muda kelihatan lantang berbicara soal politik dalam era maklumat yang semuanya terletak di hujung jari.
Namun adakah suara itu bakal diterjemahkan pada proses pilihan raya atau ia hanya terhenti setakat di ruangan siber?
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis menyatakan, apa yang membimbangkan sekiranya angka pengundi baharu itu tidak selari dengan jumlah kehadiran mereka sewaktu hari mengundi.
“Kalau lihat angka pengundi muda di Johor yang mencecah 700,000, kita bimbang kalau ia tidak signifikan dan diterjemah dalam undi.
“Mereka mungkin anggap politik ini tiada kebaikan untuk mereka dan memilih untuk tidak mengundi... jadi ini yang menggusarkan dan sukar untuk kita nilai penglibatan belia dalam proses demokrasi,” katanya.
Tambah Mujibu, platform Undi18 juga tidak cukup hanya sekadar di peringkat pelaksanaan tanpa mengambil kira soal promosi dan juga kesedaran politik terhadap golongan itu.
Malah, platform Undi18 hanya menjadi bahan polemik selain ada pihak tertentu yang hanya menggunakan ia sebagai kepentingan tertentu berbanding memupuk nilai kesedaran mengenai kepentingan mengundi.
“Kita agak lambat untuk lakukan promosi dan kesedaran kerana sejak ia (Undi18) diluluskan kita tak nampak pengisian ke arah itu.
“Tiada pihak yang tampil untuk berikan pencerahan berhubung Undi18 sama ada di media arus perdana dan sebagainya, sebaliknya ia hanya menjadi topik polemik,” ujarnya lagi.
Situasi drama politik di negara ini yang seperti tidak bernoktah sedikit sebanyak membuka mata golongan anak muda untuk bersuara terutamanya di medan pilihan mereka iaitu di media sosial.
Kemelut politik yang melanda negara di samping sedang berdepan dengan detik sukar menghadapi pandemik COVID-19, anak muda sendiri mengakui sudah penat dan jemu melihat kerenah ahli politik di negara ini.
Menurut usahawan muda, Raisz Ramly, perkara itu boleh dikatakan mampu dilihat setiap hari apabila ada sahaja perkara kecil yang turut dipolitikkan.
“Selaku anak muda kita bosan, mungkin minat pada politik itu ada tapi disebabkan ahli politik itu sendiri buatkan kita jadi penat.
“Kita tengok saja di Parlimen, perkara kecil selalu dibesarkan, kalau sedikit itu kita faham tapi kalau dah setiap hari kita tengok di media sosial mesti ada saja yang dipolitikkan,” katanya.
Dalam pada itu, Raisz berpendapat, zaman kini bukan lagi masa untuk memilih seseorang calon berdasarkan parti, sebaliknya tertumpu kepada calon yang tidak mempunyai masalah dan kontroversi.
“Yang saya nampak lebih kepada calon yang tak bermasalah, kalau dulu mungkin berlandaskan parti tapi sekarang kita nak lihat calon yang berkaliber, kurang masalah dan kontroversi.
“Mungkin kurang relevan untuk masa sekarang kita pilih calon berdasarkan parti,” katanya lagi.
Sementara itu, luahan sama dilontarkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Sulaiman Badri Mohd Razali yang ternyata kecewa dengan sikap ahli politik.
“Saya sememangnya kecewa melihat ahli politik kita, terlalu utamakan kepentingan parti politik mereka berbanding isu nasional dan rakyat.
“Kalau ada pun mungin endah atau tidak sahaja jadi apa yang anak muda harapkan perkara ini dihentikan dan mereka (ahli politik) patut berganding bahu ketika negara berdepan banyak masalah,” ujarnya.
BACA SEMUA BERHUBUNG UNDI18 DI SINI
Sebahagian besar anak muda yang ditemui ingin melihat sejauh mana penerimaan ahli politik dalam mengangkat suara anak muda.
Faktor tawaran terhadap golongan belia juga menjadi percaturan kelompok itu untuk membuat pilihan terhadap individu yang mampu untuk mengetengahkan isu melibatkan belia.
BACA: Undi18: Strategi parti politik tawan hati pengundi muda
Sementara itu, Pengasas Bersama Undi18, Tharma Pillai berkata, ruang yang dibuka melalui Undi18 sememangnya membuatkan arena politik di negara ini bertambah sengit.
“Saya rasa ia (Undi18) akan bawa impak yang besar pada PRN Johor, dan kita dapat lihat perubahan yang berlaku di beberapa kerusi di Johor yang sebelum ini dianggao selamat tetapi kini jadi lagi sengit.
“Ini dinamik baharu politik yang kita nampak disebabkan Undi18 dan pastinya parti politik itu sendiri sedang pertimbang untuk membuat pembahagian kerusi dan sebagainya,” katanya.
Katanya lagi, melihat kepada angka pengundi baharu, anak muda berpotensi untuk menjadi ‘King Maker’ menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Dalam pada itu, beliau turut menyedari beberapa kekangan yang dihadapi terhadap golongan muda termasuk isu mereka yang berada di luar negara, kos perbelanjaan untuk pulang, serta faktor minat yang mungkin belum lagi timbul, serta keadaan COVID-19 yang membimbangkan.
Bagaimanapun, Tharma yakin suara anak muda mampu membawa nafas baharu kepada politik negara dan ini mampu dilihat menerusi kebangkitan golongan itu pada PRU yang lalu.
Dalam perkembangan sama, sistem demokrasi juga katanya perlu diperbaiki bagi mewujudkan keyakinan dalam kalangan anak muda.
“Pada PRU lalu, anak muda bukan sekadar jadi keyboard warrior, tetapi mereka keluar mengundi dan mereka memberi impak besar terhadap keputusan PRU lalu.
“Saya cuma bimbang terhadap sistem demokrasi, contohnya andai kata hari ini kita undi seseorang pemimpin tetapi esok mereka bertukar, jadi undi ini tiada guna.
“Ini antara penyebab anak muda tidak mahu keluar mengundi sebab itu penting untuk kita betulkan sistem supaya anak muda yakin dengan proses pilihan raya,” ujarnya lagi.
PRN Johor bakal menyaksikan sejumlah 750,000 pengundi baharu atau bersamaan 30 peratus berdasarkan sistem pilihan raya di negeri itu dengan pelaksanaan Undi18 buat kali pertama di gelanggang PRN Johor.
Hilmi Malik
Sun Feb 13 2022
PRN Johor bakal menjadi gelanggang pertama buat anak muda untuk mengemukakan tuntutan mereka dengan pelaksanaan Undi18.
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Google pecat 28 pekerja protes perjanjian pengkomputeran awan dengan Israel
Google memecat 28 pekerja yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap projek gergasi teknologi bernilai US$1.2 bilion untuk membekalkan perkhidmatan pengkomputeran awan kepada kerajaan Israel, Sputnik memetik laporan media AS pada Khamis.
Jepun dilanda gempa bumi, sembilan cedera
Sembilan orang dilaporkan cedera selepas gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda barat daya Jepun, pada Khamis.
Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).
Banjir di Melaka pulih sepenuhnya
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di Melaka bagi menempatkan mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri itu ditutup sepenuhnya pada Khamis.
SKMM sita telefon bimbit milik tiga individu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyita telefon bimbit milik ketiga-ketiga individu untuk memuat naik video bagi membantu siasatan.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
SKMM turut merakam percakapan Badrul Hisham (Chegubard),Salim Iskandar di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor. Sementara, Wan Muhammad Azri bin Wan Deris (Papagomo) dilakukan di Balai Polis Setapak.
Bas langgar 11 kenderaan, dua cedera
Hilang kawalan akibat kegagalan brek dipercayai punca sebuah bas melanggar 11 kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang di Batu Pahat, Johor.
Bekas juruteknik didakwa kali kedua
Seorang bekas juruteknik sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah melalui Facebook miliknya, Mac lepas.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas petang Khamis.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.