SHAH ALAM: Setiap parti perlu bijak dalam merangka strategi menarik pengundi baharu terutama daripada golongan Undi 18 yang akan menjadi kuasa penting dalam setiap pilihan raya mulai sekarang.
Penganalisis pilihan raya G Manimaran berkata, semua parti perlu melihat setiap pengundi baharu ini sebagai 'raja' dan akan menjadi penentu kemenangan.
"Kita melihat kepada jumlah 5.8 juta orang pengundi baharu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang atau Pilihan Raya Negeri Johor iaitu seramai 750,000 orang.
"Dalam keadaan politik sekarang terutama jika kita melihat kepada analisis PRU lalu, hampir 30 hingga 40 peratus adalah kerusi marginal di peringkat negeri dan Parlimen. Kalau begitu, setiap undi itu adalah undi baharu.
ANDA PASTI INGIN TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI UNDI18. KLIK DI SINI!
"Malah, saya melihat jika 5.8 juta orang pengundi baharu itu keluar mengundi pada PRU akan datang, jumlah pengundi itu sudah cukup untuk menentukan kerajaan baharu.
"Andaian ini berdasarkan jumlah undi kepada setiap parti itu berada dalam lingkungan tersebut," katanya dalam wawancara mengenai Undi 18.
Menurutnya, untuk meyakinkan pengundi baharu mengundi sesuatu parti bukan tugas mudah apatah lagi mereka sudah bijak dan mampu untuk menilai apa jaminan terbaik yang mampu diberikan oleh kesemua parti yang bertanding.
Beliau berkata, cabaran paling besar adalah untuk meyakinkan pengundi baharu yang berada di atas pagar keluar mengundi atau memilih parti-parti tertentu.
Malah, Manimaran menjelaskan isu wakil rakyat yang lompat parti selain masalah integriti dalam politik menambahkan rasa kurang yakin pengundi untuk memangkah kertas undi dalam pilihan raya.
"Parti politik kena beri jaminan iaitu apakah manifesto dan apa janji mereka kepada golongan muda ini. Pada hari ini kita ada banyak krisis seperti krisis politik, krisis kesihatan, krisis peluang pekerjaan selain integriti dalam politik itu sendiri.
"Bagaimana parti itu mahu yakinkan pengundi muda dan baharu ini dengan memberi jaminan dalam bentuk manifesto, kempen dan sebagainya bahawa krisis-krisis yang sedang dihadapi sekarang ini mampu diatasi," katanya.
Dalam pada itu, Manimaran mengakui kecewa apabila kerajaan tidak memberikan penjelasan dan tidak mendidik pengundi mengenai Undi 18 dan pelaksanaan pendaftaran pemilihan automatik.
Beliau melihat langkah kerajaan yang tidak mengambil berat untuk menyebarkan mengenai pemilihan automatik ini sebagai satu kerugian yang besar.
"Masih ramai yang tidak tahu mengenai pendaftaran automatik ini dan saya percaya pengundi baharu juga tidak tahu bahawa mereka sudah boleh mengundi. Kerajaan sudah mewujudkan mekanisme (Undi 18 dan pendaftaran pemilihan automatik) tetapi kerajaan tidak mendidik supaya pengundi tahu mereka boleh mengundi.
"Sehingga hari ini saya tidak nampak dalam televisyen atau medium lain untuk mendidik kumpulan Undi 18 dan pengundi baharu bahawa kerajaan sudah mempunyai sistem ini. Kita tidak ada promosi, tidak ada publisiti.
"Kalau tidak, tiada guna ada sistem seperti ini. Sia-sia membelanjakan jutaan ringgit untuk PRN Johor dan kemungkinan sehingga RM1 bilion pada PRU akan datang sekiranya tidak membawa bersama 5.8 juta pengundi baharu ini.
"Ia sekali gus menyaksikan kita akan gagal daripada segi prinsip pilihan raya iaitu penyertaan aktif daripada pengundi. Kalau tak serius, jangan buat peruntukan baharu," katanya.
Sinar Harian
Sun Feb 13 2022
MANIMARAN: Masih ramai yang tidak tahu mengenai pendaftaran automatik pengundi dan saya percaya pengundi baharu juga tidak tahu bahawa mereka sudah boleh mengundi. - Gambar fail
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.