Wan Muhammad Azri tarik diri bertanding di Pandan

Irwan Muhammad Zain
April 28, 2018 03:56 MYT
Wan Muhammad Azri beri alasan aku keputusan pimpinan BN letakkan calon MCA bertanding di kerusi parlimen Pandan. - Gambar fail
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang sebelum ini mengumumkan akan menentang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak jadi bertanding di kerusi Parlimen Pandan.
Dalam mesej video menerusi applikasi WhatsApp kepada Astro AWANI, katanya, dia tidak ikut bertanding kerana memberi laluan kepada MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).
"Saya Wan Muhammad Azri Wan Deris menarik balik hasrat untuk bertanding kerusi parlimen Pandan kerana sebagai ahli UMNO dan Barisan Nasional, saya akur dengan keputusan pucuk pimpinan yang meletakkan calon MCA bertanding di kerusi tersebut," katanya.
Sebelum ini, Wan Muhammad Azri pernah mengumumkan mahu bertanding Parlimen Pandan untuk mencabar Dr Wan Azizah PRU14 yang akan diadakan pada 9 Mei ini.
Wan Muhammad Azri dilaporkan berkata mahu 'mengajar' Wan Azizah dan keluarganya.
#Dr Wan Azizah Wan Ismail #Malaysia #MalaysiaMemilih #PANDAN #Parlimen #PRU14 #Selangor #tarik diri #Wan Muhammad Azri