KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun ada permintaan untuk parti itu berbuat demikian.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, biarpun Warisan akan melebarkan sayap ke Semenanjung, namun untuk terlibat dalam PRN Melaka, ia masih terlau awal.
Kata beliau, Warisan sebaliknya akan memberi tumpuan terhadap persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Kita tak campur tangan dalam urusan PRN Melaka. Untuk terlibat di peringkat negeri (di Semenanjung) masih awal lagi.
"Jadi, Warisan tidak meletakkan sebarang calon," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.
Pendirian itu sekali gus menyaksikan Warisan menjadi parti kedua mengumumkan untuk tidak menyertai PRN Melaka pada 20 November depan selepas pendirian sama dinyatakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Isnin.
Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu beranggapan PRN berkenaan cuma mainan politik pihak tertentu selain keadaan semasa negara yang masih berdepan penularan COVID-19 bukan masa terbaik untuk pilihan raya diadakan.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, rakyat ternyata sudah muak dengan percaturan politik sedemikian.
"Saya difahamkan ada rakyat yang tidak mahu keluar mengundi. Fokus rakyat sekarang untuk teruskan (kelangsungan) hidup dan nak cari makan," katanya.
Memperincikan tentang persediaan menghadapi PRU15, Mohd Shafie menegaskan, persiapan yang dilakukan berjalan lancar terutama dalam usaha mengembangkan sayap Warisan ke Semenanjung dengan menjalin kerjasama bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
"Setakat ini saya dah lakukan perbincangan dengan Pengasas Bersama Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa pimpinan lain dan mereka menyatakan kesediaan untuk menyertai Warisan.
"Apa yang penting, menerusi usaha ini kita menyediakan satu landasan kepada orang muda untuk berkhidmat selaras dengan apa yang diharapkan pengundi kerana mereka penting bagi kita," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Warisan tak mahu campur tangan, sertai PRN Melaka: Shafie
Sinar Harian
Tue Oct 26 2021
Mohd Shafie berkata, biarpun Warisan akan melebarkan sayap ke Semenanjung, namun untuk terlibat dalam PRN Melaka, ia masih terlau awal. - Gambar/ Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.