KUALA LUMPUR: Dua pemain Kelantan FC didapati positif COVID-19 dan perlawanan Liga Premier 2021 melibatkan pasukan itu bertemu Perak FC II Jumaat ini ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata kedua-dua pemain itu didapati positif setelah menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum perlawanan menentang Selangor FC II di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Isnin lalu serta tidak diturunkan pada perlawanan itu.
"Pemain lain tidak berdepan masalah dan status mereka adalah negatif COVID-19 tetapi perlawanan Kelantan FC bertemu Perak II terpaksa dipinda.
"Ini kerana naratif kuarantin yang dituntut oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama 10 hari dan tempoh itu melepasi tarikh jadual perlawanan mereka Jumaat ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihak sekretariat MFL akan meneliti punca kes positif COVID-19 itu untuk dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan susulan.
Dalam pada itu, Ab Ghani turut mengumumkan MFL akan mengadakan empat perlawanan Liga Super dan Liga Premier tanpa penonton susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Empat perlawanan itu melibatkan dua aksi Liga Super antara UiTM FC dan Kuala Lumpur City FC di Stadium UiTM, Shah Alam pada 8 Mei dan Selangor FC menentang Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 9 Mei ini.
Dua lagi perlawanan yang akan berlangsung tanpa penonton adalah aksi Liga Premier antara Skuad Projek Persatuan Bola Sepak Malaysia - Majlis Sukan Negara dan Terengganu FC II di Stadium UiTM Shah Alam pada 7 Mei dan Selangor FC 2 menentang PDRM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras pada 8 Mei.
Dengan mengambil kira ketetapan PKP itu, tiada jualan tiket perlawanan dibenarkan dan tiket-tiket yang telah terjual akan dibayar balik oleh pihak Ticket Hotline International.
Ab Ghani berkata pihak mereka akan mengetatkan pematuhan SOP dengan mengaktifkan semula SOP Pengelolaan Perlawanan Tanpa Penonton bagi kawasan PKP.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
Sekretariat MFL akan meneliti punca kes positif COVID-19 itu untuk dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan susulan. - Gambar/ Facebook TRW Kelantan FC
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
2 pemain Kelantan FC positif COVID-19
Dua pemain Kelantan FC didapati positif COVID-19 dan perlawanan Liga Premier 2021 melibatkan pasukan itu bertemu Perak FC II Jumaat ini ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.