23 pemain bawa cabaran Harimau Muda di B-23 Qatar 2024

Sinar Harian
April 12, 2024 23:45 MYT
Pemain Selangor FC, Muhammad Mukhairi antara yang terpilih dalam senarai akhir 23 pemain Harimau Muda. - Foto fail/BERNAMA
DUA tonggak tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Laine antara yang terpilih dalam senarai akhir 23 pemain Harimau Muda bagi kempen Piala Asia Bawah 23 (B-23) 2024 di Doha, Qatar bermula 15 April hingga 3 Mei ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan turut tersenarai dalam skuad kendalian Juan Torres Garrido itu, penyerang kelab Jepun Y.S.C.C Yokohama Luqman Hakim Shamsudin serta pemain kacukan Malaysia-Scotland Fergus Tierney.
Antara pemain lain yang bakal mewakili negara di Qatar, penjaga gol Penang FC Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, pemain Johor Darul Ta'zim II Daryl Sham K.K George dan penyerang Kuala Lumpur City FC Muhammad Haqimi Azim Rosli.
Di Qatar, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).
Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir dan berpeluang meneruskan cabaran merebut tiga slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala pasukan keempat terbaik kejohanan akan bermain perlawanan play-off bertemu Guinea di Paris, Mei ini.
INFO
HARIMAU MUDA PIALA ASIA B-23 QATAR 2024
PENJAGA GOL
Artikel Berkaitan:
Wartawan antara yang cedera dalam serang Israel ke atas kem pelarian di Gaza
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Pengorbanan raya Harimau Muda
1.Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil, 23
2.Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin, 23
Sinar Harian
Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!
Email
3.Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 22
PERTAHANAN
4.Muhammad Aiman Khairul Yusni, 22
5.Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, 21
6.Muhammad Safwan Mazlan, 22
7.Harith Haiqal Adam Afkar, 22
8.Mohamad Saiful Jamaluddin, 22
9.Ahmad Zikri Mohd Khalili, 22
10.Muhammad Azrin Afiq Rusmini, 22
11.Muhammad Abu Khalil, 19
TENGAH
12.Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal, 21
13.Nooa Laine, 22
14.Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, 22
15.Muhammad Syahir Bashah, 23
16.Daryl Sham K.K George, 22
17.Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, 23
PENYERANG
18.T Saravanan 23
19.Muhammad Aliff Izwan Yuslan, 20
20.Luqman Hakim Shamsudin, 22
21.Muhamad Alif Zikri Zaini Anuar, 22
22.Muhammad Haqimi Azim Rosli, 21
23.Fergus Tierney, 21
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
#Piala Asia B-23 #muhammad mukhairi ajmal mahadi #Nooa Laine #harimau muda