Aaron-Wooi Yik naib juara Terbuka Indonesia

Sinar Harian
Jun 18, 2023 11:48 MYT
Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Istora Senayan, Jakarta. - Gambar/ Bernama
HASRAT pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menamatkan kemarau gelaran pada Terbuka Indonesia selepas kali terakhir dinobatkan juara di Kejohanan Dunia di Tokyo, Ogos lalu tidak kesampaian pada Ahad.
Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di Istora Senayan, Jakarta.
Aksi set pertama gandingan negara bermula baik apabila mendahului 7-3 sebelum beregu lawan mengutip mata demi mata untuk menang 21-17.
Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu lebih garang apabila saling bertukar mata sebelum Rankireddy-Shetty menoktahkan kemenangan 21-18.
Sebagai rekod, gandingan Zakry Latif dan Fairuzizuan Tazari merupakan beregu lelaki terakhir negara menjuarai Terbuka Indonesia selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-12, 21-12, pada edisi 2008. - Sinar Harian
#Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Terbuka Indonesia #keputusan