TIADA yang lebih manis dan menggembirakan bagi pasukan Budak Angkol apabila berjaya mendominasi perlawanan sehingga bergelar juara peringkat negara pada kejohanan Asia Creator Games 2021.

Pasukannya terdiri daripada, Dzul Zakaria Afiq Abdul Majid, (ZuL Gaming), Danish Khalishah Rozaki (Achai), Wan Alimusa Wan Saifuddin (Wxn Gaming) dan Muhammad Hadris Erwan (Sultan Riq).

Ketua pasukan Budak Angkol, Faeiz Mohd Abdul Wahab yang lebih dikenali Uncle Chikanook berkata, dia ahli pasukan yang lain sangat bersyukur dengan kejayaan yang mereka kecapi. Sokongan dari ahli keluarga, penyokong mereka yang tidak pernah berhenti.

“Sangat tidak menjangka, pasukan kami berjaya mendominasi pihak lawan dengan corak permainan yang sudah diatur sebelum perlawanan bermula.

“Ini adalah rezeki kami untuk yang baru bersama sebagai satu kumpulan dan ternyata rezeki tidak pernah salah alamat. Segala apa yang kami praktikan membuahkan hasil,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan pengalaman baru buat dirinya, yang sebelum ini tidak pernah menyertai sebarang pertandingan kompetitif sebegini.

“Satu pengalaman yang amat luar biasa. Masih terasa lagi adrenalin ketika perlawanan akhir dalam tubuh ini.

“Kalau ikutkan usia ramai yang cakap apa main game lagi. Tapi minat yang mendalam dalam bidang ini, saya berfikir kenapa tidak,” katanya.


Budak Angkol

Kesefahaman Satu Pasukan

Ditanyakan mengenai pemilihan ‘creator’ walaupun dalam keadaan yang singkat tetapi masih boleh mendapatkan kesafahaman yang sangat luarbiasa.

“Saya mengajak mereka untuk mengambil peluang ini dan mereka juga bersetuju untuk bersama menjadi satu pasukan.

“Masing mempunyai tugasan harian dan kerja hakiki masing-masing. Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk melihat sejauh mana kemampuan kami untuk berada dalam pertandingan yang sangat kompetitif,” katanya.

Latihan 12 Jam Sehari

Menurutnya, rutin pasukannya adalah melakukan latihan harian semalam 12 jam dan ia membuahkan hasil di mana mereka layak digelar juara.

“Kami melakukan latihan selama 12 jam setiap hari dan mencuba pelbagai Meta yang berlainan. Ini kerana kami ini bereksperimentasikan cara permainan yang berbeza dari pihak lawan.

“Masing-masing membuat analisis permainan pemain lain dan ini menguatkan lagi persefahaman kami di dalam perlawanan,” katanya.


Setelah bertarung melalui 14 pusingan, BUDAK ANGKOL telah bangkit ke tempat teratas dan akan mewakili NEGARA dalam Regional Championship!


Setelah bertarung melalui 14 pusingan, BUDAK ANGKOL telah bangkit ke tempat teratas dan akan mewakili NEGARA dalam Regional Championship!

Meta Dan Jurulatih Baru

Ketawa kecil uncle apabila penulis menyoalkan soalan berkenaan apa kejutan yang bakal disaksikan pada aksi akan datang.

“Banyak lagi Meta yang kami tidak gunakan dan nantikan kejutan dari kami pada perlawanan pada peringkat serantau.

“Pada perlawanan akhir kami ingin menggunakannya namun kami membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi kerana masih mampu untuk mengawal keadaan,” katanya.

Berkenanan dengan kedatangan jurulatih baru yang akan menguatkan lagi strategi Budak Angkol pastinya memberi satu kelainan yang diingin peminat mereka.

“Apa yang saya boleh bagitahu, yer betul kami ada menjemput seorang jurulatih untuk melatih dan memberi idea yang lebih berkesan bagi menumpaskan pihak lawan.

“Siapakah jurulatih itu, biarlah rahsia dan nantikan kejutan dari kami,” katanya.

Zul Gaming Tiada Obat!!

Pesaing Terkuat?

Penulis juga mengutarakan soalan, siapakah bakal menjadi pesaing terkuat pada ACG 2021 peringkat serantau nanti.

“Persaing terhebat sudah pasti pasukan dari Indonesia dan Filipina kerana sering kali melakukan kejutan dalam setiap perlawanan.

“Bagi saya pasukan Filipina pasti akan membuat kejutan dengan Meta yang baru dan tidak kurang juga pada team Indonesia yang juga suka menghasilkan Meta yang luabiasa. Pastinya saingan pada peringkat regional sangat sengit dan pastinya kami tidak mahu mengecewakan penyokong kami,” katanya.

Nantikan lebih banyak pertempuran epik sementara kita memasuki Regional Championship. Anda pasti tidak mahu terlepas segala aksi! Saksikan semua aksi secara langsung di fb.com/FacebookGaming dan eGG Network.