KEJOHANAN Badminton Remaja B-15 Astro (AJC B-15) bakal menjadi medan untuk melahirkan jagoan badminton masa depan negara.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, berkata melalui program AJC B-15, jagoan masa depan akan mendapatkan pendedahan kepada persaingan peringkat global.
"Kami mahu membawa mereka ke satu tahap yang baru untuk bersaing, bukan hanya di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat serantau.
"Kami merasakan adalah penting buat atlet muda ini memahami keperluan untuk bersaing bukan hanya di peringkat kebangsaan tetapi di peringkat global," kata Henry.
Sementara itu, Astro komited untuk melahirkan juara masa depan melalui Kem Badminton Astro.
"Ini adalah permulaan kepada tahap itu.
"Bermain secara kompetitif dengan harapan latihan awal dapat membantu dalam menghitung tahap persaingan, latihan dan disiplin yang diperlukan.
"Ia akan membantu dalam membentuk seorang juara yang boleh dibanggakan pada masa depan," tambah Henry yang ditemui selepas majlis perasmian AJC B-15 yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
AJC B-15 peringkat serantau merupakan peringkat kedua kejohanan AJC B-15 di mana peringkat pertama menyaksikan penyertaan 32 pasukan tempatan berentap untuk AJC B-15 peringkat kebangsaan.
AJC B-15 berlangsung di Stadium Juara, Kuala Lumpur, selama empat hari bermula Isnin.
Ia menampilkan 14 pasukan dari lapan negara Asia, antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan China yang akan berentap bagi merebut gelaran juara.
Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM50,000, trofi, pingat dan set pakaian.
Astro Arena
Mon Nov 12 2018
Dr Wan Azizah beramah mesra bersama peserta daripada Vietnam ketika menghadiri Program CSR Astro Junior Championships U15 (Peringkat Serantau) di Stadium Juara, pada Isnin. --fotoBERNAMA
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Indonesia juara Kejohanan Badminton Astro Junior 2018
Persiapan rapi selama dua bulan membuahkan hasil kepada kelab badminton Exist dari Indonesia yang berjaya memenangi perlawanan akhir Kejohanan Badminton Astro Junior (AJC) 2018.
AJC B-15 medan lahirkan jagoan masa depan
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, berkata melalui program AJC B-15, jagoan masa depan akan mendapatkan pendedahan kepada persaingan peringkat global.