Perlumbaan motosikal antarabangsa beradrenalin tinggi mungkin kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) seawal bulan September dan hanya menunggu kelulusan daripada pihak berkepentingan yang relevan dan situasi pandemik COVID-19 semakin pulih.
SIC telah membuka semula pintunya pada Khamis hanya untuk sesi latihan peribadi dengan mengenakan langkah-langkah keselamatan termasuk mengehadkan 10 orang bagi setiap sesi dalam usaha mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dilanjutkan sehingga 9 Jun.
Promoter Formula 4 Asia Tenggara (F4SEA) Peter Thompson percaya perlumbaan itu mungkin kembali ke litar terkenal tersebut dalam tempoh empat bulan lagi namun amat bergantung kepada keputusan kerajaan untuk membuka semula sempadan negara.
"Selepas bertemu Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif semalam, kami berharap untuk menganjurkan perlumbaan mulai September. Bagi F4SEA, kami perlu mendapatkan kelulusan daripada FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa) selepas menyemak semula kalendar musim ini dan kerajaan Malaysia membuka semula sempadannya.
"Kami memerlukan pakar, jurulatih dan jurutera asing selain pelumba dari Eropah untuk bekerjasama dengan pelumba, juruteknik dan kru tempatan. Ramai orang dalam sukan permotoran, bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia, sedang bergelut tanpa pendapatan," katanya kepada Bernama.
F4SEA, platform bagi membangunkan pelumba muda sebagai pelumba sukan F1 pada masa akan datang, telah mencadangkan kepada FIA untuk hanya menganjurkan empat acara daripada 16 perlumbaan di SIC pada musim ini berbanding 10 acara pada 2019 dengan perlumbaan diadakan di Thailand dan India selain SIC.
Susulan pandemik itu, Thompson berkata musim 2020 akan bermula dengan hanya 16 pelumba bersaing dalam kejohanan itu berbanding 37 pelumba pada tahun lepas.
"Kami menerima panggilan daripada pelumba Eropah, terutama dari England, untuk berlumba di sini. Ini kerana F4SEA amat menjimatkan dan dua kali lebih murah berbanding di England.
"Musim ini dianggarkan menelan kos kira-kira 40,000 Euro (kira-kira RM187,969). Kami berharap tahun depan kami akan mendapat semula kalendar penuh 10 hingga 12 acara bagi mencapai matlamat utama kami untuk menghasilkan juara F1 Asia yang pertama," katanya.
Ditanya mengenai risiko sukan permotoran kehilangan tajaan daripada jenama minyak dan minyak pelincir memandangkan industri minyak dan gas sedang berdepan kemerosotan, Thompson berkata pasukan-pasukan boleh terus bertahan dengan hak-hak penyiaran dan tajaan daripada industri lain.
Juara F4 menerima 12 daripada 40 mata yang diperlukan bagi Lesen Super F1 dan promosi automatik untuk Lesen C Antarabangsa manakala baki selebihnya akan dikumpul daripada F2 dan F3.
Pada Grand Prix Malaysia F1 Petronas 2017, jaguh tempatan Nazim Azman memenangi acara F4 sebelum menjuarai Kejohanan F3 British manakala pelumba F4SEA lain yang merangkul kejuaraan telah menandatangani kontrak dengan pasukan junior F1 Sauber dan Renault.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
SIC telah membuka semula pintunya pada Khamis hanya untuk sesi latihan peribadi dengan mengenakan langkah-langkah keselamatan.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.