Anak jati Kelantan taja KDN FC bernilai RM600,000

Bernama
Mac 14, 2024 03:10 MYT
KDN FC menerima tajaan bernilai RM 600,000 daripada syarikat PUC Sport bagi menghadapi saingan Liga Malaysia. - Foto Facebook Kelantan United Football Club
KOTA BHARU: Pasukan Kelantan Darul Naim (KDN FC) menerima tajaan bernilai RM 600,000 daripada syarikat jersi dan peralatan sukan milik anak jati negeri itu iaitu PUC Sport bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Presidennya Rozi Muhamad berkata penajaan itu melibatkan jersi dan peralatan untuk latihan pasukan itu sepanjang musim ini.
"Perjanjian ini akan menaikkan semangat barisan pemain untuk menampilkan aksi terbaik apabila menjalani latihan dan beraksi menentang pasukan lawan nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penajaan ini menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan kelab bagi menaikkan nama negeri ini dalam industri bola sepak Malaysia.
-- BERNAMA
#Kelantan Darul Naim FC #KDN FC #Tajaan #Liga Malaysia