Anugerah Puskas: Netizen lancar kempen besar-besaran galak undi Faiz Subri

Madiha Abdullah
November 22, 2016 07:58 MYT
Peminat bola sepak masing-masing melancarkan kempen untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengundi Faiz. - Foto/BERNAMA
BERITA pencalonan gol unik pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri, disenarai sebagai satu daripada 10 calon akhir untuk Anugerah Puskas disambut penuh gembira dan bangga oleh peminat bola sepak.
Bukan sahaja penyokong pasukan Pulau Pinang, malah rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan bola sepak tanah air secara amnya meraikan kejayaan Faiz menembusi senarai itu.
Daripada ribuan penyertaan yang dihantar, gol yang dijaringkan Faiz ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang pada Februari lalu itu berjaya menarik perhatian Konfederasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menariknya, penyokong dan peminat bola sepak negara kini melancarkan kempen untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengundi Faiz.

Our very own Faiz Subri nominated along the likes of Neymar, Lionel Messi & Saul! #FIFAPuskas #MalaysiaBoleh pic.twitter.com/eoNyvWHoyP

— FourthOfficial.com (@Fou4thOfficial) November 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Drop whatever you're doing and please vote NOW for Malaysia's very own Faiz Subrihttps://t.co/MrH2wFumbW

— Asrul Muzaffar (@asrulmm) November 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I'm from __________ ... And i vote for Faiz Subri !! Vote now for Faiz Subri.. .. Result will be annouce on 2... https://t.co/hxTv5WeLXF

— Sukan Star (@sukanstar) November 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gol faiz subri tersenarai dlm 10 gol utk FIFA Puskas Award 2016, klik link bwh ni, undi ramai2 n cipta sejarah a href="https://t.co/mUbSjFja8R">https://t.co/mUbSjFja8R pic.twitter.com/FKIVV836mH

— Bale (@nabelhamzah) November 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Vote faiz subri guysss https://t.co/zZDwllVOIb

— Jack (@hzwnhzq) November 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

FAIZ SUBRI IS ON THE LIST! LET'S VOTE FOR HIM! @twt_bola @mysemuanyabola @padangbolasepak @TifoArena https://t.co/URwtRkWhG2

— Ayusyera. (@Seraa_A) November 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ini adalah pemain2 yang tercalon. Mari kita undi Faiz Subri! pic.twitter.com/bW26qgb4PX

— MY Football Liga (@MY_footballliga) November 21, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa Facebook rasmi persatuan bola sepak juga, antaranya Kelantan, Kedah dan Terengganu, memuat naik status meminta agar penyokong masing-masing bersatu hati mengundi Faiz.
Kata mereka, minat bola sepak atau tidak, sudah tidak penting. Sebaliknya, tumpuan harus diberikan kepada membantu Faiz mencatat sejarah buat negara.
Menurut sumber di laman sosial, ketika berita ini ditulis, Faiz mendahului undian dengan 23 peratus. Walaupun maklumat daripada sumber itu tidak dapat disahkan, ia tetap mencetus semangat rakyat Malaysia untuk mengundi.
Anugerah Puskas tahun ini turut menyenaraikan bintang bola sepak Brazil dan Argentina, Neymar dan Lionel Messi.
Anugerah ini mengiktiraf jaringan gol terbaik sepanjang tahun dan merupakan salah satu kategori dalam Anugerah Bola Sepak FIFA 2016.
Tiga calon akhir akan diumumkan 2 Disember, manakala pemenang akan diketahui dalam majlis penganugerahan di Zurich, Januari tahun hadapan.
#free kick #Liga Super 2016 #Mohd Faiz Subri #Puskas #sepakan percuma #video viral