Gambar beliau menangis dipancarkan di seluruh dunia, mencetuskan khabar angin di media sosial yang bapanya telah meninggal beberapa hari lepas.
Die bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata dia menangis kerana kerana peluang yang diberikan untuk tampil di Brasilia.
“Saya seorang yang sangat beremosi. Kehidupan saya begitu susah. Saya fikir tentang kematian bapa saya pada tahun 2004 dan juga kehidupan saya yang susah,” kata Die.
“Saya tidak terfikir akan berada di sini, dan pada satu hari saya akan bermain untuk negara saya. Emosi itu tidak dapat dikawal.
“Saya cuba (untuk menahan dari menangis) tetapi saya tidak dapat. Saya tidak percaya ia berlaku kepada saya tetapi ia lebih kuat daripada saya.”
Serey Die dari Ivory Coast dipeluk Didier Zakora ketika lagu kebangsaan negara mereka dimainkan pada perlawanan Kumpulan C antara Colombia dan Ivory Coast. -AP Photo/Marcio Jose Sanchez
Di sebalik kekalahan mereka kepada Amerika Selatan, Ivory Coast masih berkedudukan yang baik untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan Jepun pada perlawanan pembukaan Kumpulan C.
Mereka menghadapi Greece pada Selasa dan akan layak ke peringkat seterusnya sekiranya menang.