MELAKA: Penjaga gol Melaka United FC Khairul Fahmi Che Mat mengakui teruja dan bersemangat untuk kembali menyarung jersi kebangsaan, sekali gus berjanji akan mempamerkan aksi terbaik bagi menjamin tempatnya dalam senarai akhir bagi kejohanan akan datang.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan 'Apek' merupakan antara 24 nama pemain yang dipanggil ke skuad kendalian Tan Cheng Hoe, bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan awal bulan depan, sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Suzuki AFF 2020 dan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023.
Pemain berusia 32 tahun itu berkata saingan merebut posisi berkenaan dilihat amat sengit dengan nama-nama baharu seperti Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan pemain berpengalaman Khairulazhan Khalid selain Farizal Marlias dan Samuel Somerville.
"Kem latihan pusat ini seperti kita tahu adalah medan untuk ketua jurulatih menguji pemain-pemain dan sebagai persiapan awal bagi membentuk skuad terbaik Harimau Malaya.
"Saya juga dikira baharu kerana telah lama tidak beraksi dalam skuad kebangsaan dan dengan peluang yang diberikan ini sudah pasti akan membalas kepercayaan ketua jurulatih ,untuk berada dalam pasukan utama nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata kem latihan pusat berkenaan juga merupakan peluang buat dirinya mempertingkatkan prestasi, selain optimis untuk meyakinkan Cheng Hoe yang beliau masih mampu bersaing dengan pemain lain dan layak berkhidmat kepada pasukan negara.
"Kita tahu tahun ini ramai penjaga gol yang bagus-bagus dalam Liga Malaysia, namun saya akan cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk berada dalam Skuad Harimau Malaya bagi kejohanan akan datang kerana itu sasaran saya," katanya.
Beliau yang masih berduka atas kehilangan ibu tercinta, Bidah Ibrahim akibat COVID-19 baru-baru ini berkata semangat dan sokongan arwah yang sentiasa mengiringinya sepanjang karier bola sepak akan terus diingati.
"Selalunya arwah yang sentiasa mendoakan saya dan selalu bagi sokongan bila tahu saya akan mewakili Malaysia, tetapi ini kali pertama saya tanpanya namun semangat ini yang saya akan bawa," katanya.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini turut mengumumkan Malaysia akan bertemu Jordan di Stadium King Abdullah II, Amman pada 6 Okt dan Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman pada 9 Okt depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Pemain berusia 32 tahun itu berkata saingan merebut posisi berkenaan dilihat amat sengit dengan nama-nama baharu. - Instagram @ fahmiapexs
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
'Apek' sah jaga gawang Sabah FC musim ini
Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Perlu tingkatkan prestasi pada aksi akan datang - Apek
Walaupun gembira dengan kemenangan menentang Kemboja pada perlawanan Isnin lepas, terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki.
'Apek' masih bersemangat sarung jersi Malaysia
Pemain berusia 32 tahun itu berkata, saingan merebut posisi berkenaan dilihat amat sengit dengan nama-nama baharu.
Melaka United nafi Apek merajuk
Datuk Mohd Saiful Mat Sapri menafikan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat merajuk dan mahu meninggalkan MUFC.
Khairul Fahmi, Shahrul Saad dipanggil sertai kem latihan fasa pertama - Cheng Hoe
Skuad negara kali ini akan memiliki adunan pemain lama dan baru selepas setahun pemain kebangsaan tidak berkumpul berikutan pandemik COVID-19.
'I'm not a perfect wife, I'm trying to be one' - Ucapan sweet Leuniey Natasha buat Khairul Fahmi
Pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha telah menyambut ulangtahun perkahwinan keenam pada tahun ini.
Isteri selamat bersalin, Khairul Fahmi Che Mat dapat anak ketiga
Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat, selamat menimang cahaya mata ketiga.
Selamat tinggal Kelantan - Apek
Mengakui ini keputusan sukar yang dibuat, namun demi karier bola sepak yang masih panjang, dia memilih menyarung jersi skuad Hang Tuah di bawah kendalian Eduardo Almeida.
Apex mohon maaf tidak beraksi
Kecederaan yang dialami selepas menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan ketika menentang Bhutan pada dua minggu lepas masih belum pulih sepenuhnya.
Khairul Fahmi idam posisi penjaga gol utama skuad kebangsaan
Walaupun beliau penjaga gol paling senior dipanggil ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe, namun ia bukan laluan mudah untuk beliau berada dalam kesebelasan utama bagi mengisi posisi berkenaan.